Friday, November 04, 2011

Salam Aidil Adha 1432H / 2011 M


Alhamdulilah kami suami isteri sihat d mekah sekarang telah ramai jemaah haji dari seluruh dunia berkumpul dan para warga emas tidak digalakan ke masjidil haram kerana telalu ramai dan dinasihatkan berihat d maktab. Tidak lama lagi kami akan berangkat ke Arafah untuk wukuf oleh kami mohon ampun dan maaf kepada semua atas segala kesalahan. Selamat Hari Aidil Adha dari Makah Mukaramah.


ARAFAH adalah kawasan terbuka dan luas di timur di luar kota suci umat Islam di Makkah, Arab Saudi. Di padang yang luas ini, pada suatu hari (pada tengah hari) tanggal 9 Dzulhijjah pada kalendar Hijriah, berjuta-juta umat Islam dari seluruh dunia berkumpul untuk melaksanakan puncak haji, iaitu ibadah Wukuf.

Arafah sentiasa mendebarkan. Pada tanggal 9 Dhulhijjah, berjuta-juta jamaah sekaligus wukuf di Padang Arafah, adalah saat di mana air mata tidak dapat ditahan Inilah saat yang dinantikan oleh semua jemaah. Bahkan mereka yang sakit terpaksa dibawa menggunakan tandu sehingga mereka dapat berada di Padang Arafah untuk melakukan wukuf.

Begitu pentingnya adalah Padang Arafah, bahawa Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: "Al-Hajju Arafah," Haji adalah Arafah.

Arafah bukan sekadar formaliti atau tanda sahnya ibadah haji seseorang. Arafah penuh dengan mesej dan renungan. Arafah adalah potret kecil Mahsyar. Mahsyar adalah hari di mana manusia akan ditimbang tahap Al-Haq dalam dirinya. Mahsyar adalah hari yang sangat panas dan tidak ada halangan di atasnya.

Terletak di luar kota Mekah, Padang Arafah adalah tempat yang istimewa. Di Padang Arafah, Nabi Muhammad SAW menyampaikan khutbah perpisahan untuk para pengikutnya.

Rasululah SAW bersabda; “Wahai manusia dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan! Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir di sini pada hari ini.” Awal bicara pesan terakhir Rasulullah SAW kepada ribuan jemaah haji pada 9 Zulhijjah tahun 10 Hijrah yang juga merupakan Haji Wida’ di Lembah Uranah, Bukit Arafah. 

Hebatnya mukjizat Rasulullah SAW menerusi amanat baginda. Ironinya, rasa jemu tidak bertandang walau acapkali khutbah ini dikumandangkan. Khutbah yang di sampaikan saat Rasulullah dapat merasakan bahawa usianya tidak lama lagi di alam fana ini. Khutbah yang bener-benar di beri penekanan oleh Baginda untuk didengar bersungguh-sungguh dan di sampaikan sehingga akhir usia bumi ini.

Khutbah Hujjatul Wada penting kerana di dalamnya terkandung mesej yang perlu difahami, diingati dan diikuti umat Islam walaupun selepas kewafatan Rasulullah SAW.


Juga diceritakan bahawa di Padang Arafat Nabi Adam dan Hawa bertemu lagi setelah mereka diusir dari surga.

Terdapat beberapa tempat utama di Arafah yang selalu digunakan sebagai kunjungan para jemaah, iaitu Jabal Rahmah, sebuah tugu peringatan yang didirikan untuk memperingati tempat di mana nenek moyang manusia Nabi Adam dan Siti Hawa bertemu di bumi, dan Masjid Namira.


Jemaah Haji Wajib Bermalam di Muzdalifah

MUZDALIFAH, kawasan terbuka antara Makkah dan Mina di Arab Saudi yang menjadi tempat para jemaah haji diperintahkan untuk berhenti dan bermalam setelah berangkat dari Arafat. Muzdalifah terletak di antara Ma'zamain (dua jalan yang memisahkan dua gunung menghadap) Arafah dan lembah Muhassir.

Muzdalifah disebut juga dengan 'Jam'an' karena tempat ini pada masa juga disebut dengan Masy'aril Haram, karena dia masuk wilayah Tanah Haram. Sedangkan Arafah disebut sebagai Masy'aril Halal, karena dia termasuk Tanah Halal. Namun ulama berbeda pendapat dalam penamaan ini.

Luas Muzdalifah adalah sekitar 12.25 km², ada tanda-tanda sempadan yang menentukan awal dan akhir Muzdalifah.

Jemaah haji setelah menunaikan wukuf di Arafah bergerak ke Muzdalifah sejurus matahari terbenam (waktu Maghrib). Di Muzdalifah para jemaah menunaikan solat Maghrib dan Isyak digabungkan dan dipendekkan (jamak-qashar) dan bermalam di sana hingga subuh. Di Muzdalifah jemaah mengumpulkan batu kerikil yang akan digunakan untuk membuang jumrah.

Menginap semalam di Muzdalifah adalah wajib semasa Haji. Oleh itu, sesiapa yang meninggalkannya diminta membayar dam. Dianjurkan untuk mengikuti jejak Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wassallam, berjaga malam hingga waktu untuk solat Subuh , kemudian berhenti sampai fajar berubah menjadi kuning.

Tetapi bagi mereka yang lemah, seperti wanita, orang tua dan orang-orang seperti mereka, dibenarkan meninggalkan Muzdalifah selepas tengah malam. Selepas solat subuh, para jemaah berangkat ke Mina.


MINA
Dinamakan Mina karena banyakanya darah yang ditumpahkan di dalamnya, atau ada riwayat,bahwa setelah Jibril ingin meninggalkan Adam ia berkata " Tamanna" (bercita-citalah,mengharaplah),ia menjawab "atamanna al-Jannah" oleh sebab itu disebut Mina, Karena adanya harapan (umniyah) untuk masuk surga.

Mina terletak kira-kira 7 kilometer dari Mekah. Ia sering disebut bandar beribu-ribu khemah kerana di sinilah ribuan khemah berdiri untuk berjuta-juta jemaah setiap tahun pada musim haji.

Dengan luas 16,8 kilometer persegi, Mina adalah lembah di tengah padang pasir.

Mina terletak di sebelah timur kota Mekah, Arab Saudi. Ia terletak di antara Makkah dan Muzdalifah. Selain digelar sebagai kota khemah, Mina juga terkenal sebagai tempat melancarkan aktiviti jumrah ketika menunaikan haji

Jamaah wajib bermalam di Mina pada tanggal 11 dan 12 Dzulhijjah bagi yang mengambil Nafar Awal, dan pada  13 Dzulhijjah juga jika yang mengambil Nafar Tsani/Akhir.


Di Mina para jamaah haji akan melontar/melempar jumrah. Tempat atau lokasi melontar jumrah ada 3 iaitu Jumrah Aqabah, Jumrah Wusta, dan Jumrah Ula. Ibadah melontar sebagai simbolik merejam syaitan itu dimulakan dengan melontar di Jamratul Aqabah atau Jamratul Besar dan ia dilakukan sehari selepas para jemaah berwukuf di Arafah dan bermalam di Muzdalifah.

Di Mina terdapat beberapa tempat penting :
1. Jamarat, yaitu lokasi dimana terdapat ke tiga jumrah, Ula, Wustha, dan Aqabah.

2. Al-Manhar (Jabal Qurban), yaitu lokasi penyembelihan binatang.

3. Masjid Al-Khaif, yaitu lokasi Nabi Muhammad Shallallahu Alaihi Wassallam melakukan shalat dan khutbah ketika berada di Mina sewaktu berhaji.

4. Masjid Al-Bai’ah, yaitu tempat Rasulullah dibai’at oleh orang-orang Anshar yang datang dari Madinah 1 tahun sebelum hijrah.

Rasulullah bersabda “Sesungguhnya Mina itu seperti rahim, ketika terjadi kehamilan, diluaskan oleh Allah Subhanahu Wa Taala.” MasyaAllah!

Berapapun jumlah jamaah yang ada Mina pada waktu haji, insyaAllah semua akan mendapat tempat di sini.



suasana di dalam khemah di Mina



antara yang menguji kesabaran




0 comments:

Contact Me

Snap & Read with QRCODE Reader

http://zxing.appspot.com/generator/