Friday, September 16, 2011

Selamat Hari Malaysia. Happy Malaysia Day everybody!

Bendera-malaysia1
Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia di tarikh yang sama pada tahun 1963. Ia menandakan penyertaan bersama Malaya, Borneo Utara, Sarawak, dan Singapura bagi membentuk Malaysia.


Pembentukan persekutuan baru ini dirancangkan berlaku pada 1 Jun 1963 namun kemudiannya ditangguhkan ke 31 Ogos 1963 bagi membolehkan ia disambut bersama-sama dengan sambutan hari kemerdekaan ke-6. Beberapa isu berkaitan dengan bantahan Indonesia dan Filipina untuk pembentukan Malaysia memperlambatkan pengisytiharan ke 16 September pada tahun yang sama. Penangguhan itu juga dibuat bagi membolehkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memperuntukkan masa membuat pungutan suara di Borneo Utara (kini Sabah) dan Sarawak.


Hari Malaysia merupakan cuti am di negeri Sabah sempena hari keputeraan Yang Di-Pertua Negeri. Ia bukan merupakan cuti am di Sarawak dan Semenanjung Malaysia. Mulai tahun 2010, Hari Malaysia juga merupakan cuti am di semua negeri di Malaysia






Lirik UNDILAH
Lagu (Afdlin Shauki Namewee Kuli Pete Teo)

Seperti anda , saya seorang rakyat seorang rakyat Malaysia, Dan saya cintakan negara kita ini,
Malaysia sebuah negara yang cukup indah, Tapi ada macam-macam masalah,
Tak perlulah saya sebutkan, kerana saya pasti kita semua tahu apa masalah-masalah ini,
Apa yang saya nak sebutkan ialah ...masa depan negara kita terletak di tangan kita sendiri,
Jadi jika anda masih belum mendaftar sebagai pengundi,
Sila lakukan secepat mungkin, Dan jika anda sudah mendaftar,
Mari kita mengundi
Ingatlah walaupun apa terjadi ......,Malaysia ini negara ANDA.....Ia NEGARA KITA
Ia memang banyak masalah, Malaysia perlukan kita semua.
UNDILAH


http://malaysiaonestop.blogspot.com

Muzik video Undilah ini di dalam 4 bahasa. Dijayakan oleh Afdlin Shauki, Namewee & Tengku Razaleigh Hamzah dan termasuklah @Aisehman, Baki Zainal, Bront Palarae, Chelsia Ng, Daphne Iking, Jehan Miskin, Johan F. Khairuddin, Karamjit Singh, Lai Ming, Lee Chong Wei, Nurul Izzah Anwar, Rosnah Abd Rashid Shirlin, Rina Omar, Reshmonu, Sharifah Amani, Sazzy Falak, Reza Salleh, Tengku Azmil Zahruddin, Tony Fernandes, Wardina Safiyyah, Wee Ka Siong, Yasmin Yusuf, Albert Law, A. Kohilan Pillay, Jason Lo, Mohan, Khalid Samad, Aizat Amdan, Tee Hui Ling, Usha Nandhini, Chia Ting Ting, Nur Farina, Sassi Tharan Rajoo, Nik Nazmi, Tony Pua & David Lai.


Marilah kita mengundi untuk kesejahteraan Malaysia. Download disini jika ada yang berminat :http://undilah.com/

0 comments:

Contact Me

Snap & Read with QRCODE Reader

http://zxing.appspot.com/generator/