Majlis berbuka puasa bersama Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin telah diadakan di Pusat Islam UiTM.
Turut hadir ialah Naib Canselor UiTM Datuk Prof Dr Sahol Hamid Abu Bakar, dan tiga Pro Canselor UiTM Tan Sri Arshad Ayub, Tan Sri Dr Abdul Rahman Arshad dan Tan Sri Sallehuddin Mohamed.
Sebelum Baginda dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah berbuka puasa bersama-sama warga kerja dan para pelajar universiti itu, Seri Paduka telah menyempurnakan upacara penamaan Pusat Islam Universiti Teknologi MARA sebagai Masjid Tuanku Mizan, sempena nama Canselor Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin
Baginda juga melakukan solat fardu Maghrib dan Isyak serta tarawih bersama kira-kira 2,000 pelajar dan warga kerja UiTM.
0 comments:
Post a Comment