Monday, March 28, 2011

Broadband :Pelepasan Cukai Yuran langganan Internet Jalur Lebar

Pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah memaklumkan penghantaran Borang Nyata C Tahun Taksiran 2010 (BNCP 2010) melalui e-Filing bagi Borang BE, B, M, P dan E sudah boleh dilakukan mulai 1 Mac 2011


Tahun ini diberi pelepasan RM 500 untuk yuran langganan Broadband. Jadi kalau belum ada broadband langganlah. Lepas tu simpan la bil-bil broadband tu baik-baik. 



Pelepasan cukai yuran langganan internet jalur lebar ni yang telah diumumkan oleh Kerajaan semasa pembentangan bajet 2010 sebelum ini. Dengan pakej   yang saya gunakan sekarang ni, kalau nak dikirakan masih belum cukup untuk cover kos langganan keseluruhan tahunan namun pelepasan sebanyak RM500 tu  sekurang-kurangnya boleh melegakan sikit. Ada manafaat kepada pengguna jalur lebar sekalian.
Lepas tu kalau beragama islam buatlah potongan zakat pendapatan. Tak terasalah nanti nak bayar zakat sekaligus masa hujung tahun nanti. Seterusnya kalau belum ada insuran ambil la insuran nyawa dan kesihatan. Boleh dapat pelepasan tu. Dan kalau ada azam nak tambah anak tahun ni. sempat lagi kalau mula mengandung awal tahun ni. Dapat lagi tambahan pelepasan RM 1000, haaa.aa jimat...jimat..
Kepada sesiapa yang pendapatan mereka sudah layak dikenakan cukai, sementara line tak berapa sibuk ni eloklah buat siap-siap, kalau semua nak tunggu last minute memang line akan jam dan susah nak akses. Tapi itulah, dah jadi tabiat kot, ramai yang suka menanti saat dan tarikh akhir untuk buat submit borang BE ni. Selamat membayar cukai



0 comments:

Contact Me

Snap & Read with QRCODE Reader

http://zxing.appspot.com/generator/