Penyanyi terkenal dunia, Dr Sheikh Yusuf Islam atau sebelum ini dikenali dengan nama Cat Steven akan berada di Kuala Lumpur pada 25 dan 26 November ini. Penyanyi yang dilahirkan sebagai Steven Demetre Georgiou.
Ia bukanlah lawatan pertama kali Sheikh Yusuf ke Malaysia, namun kehadirannya kali ini lebih signifikan dan istimewa apabila beliau turut dijadualkan bertemu dengan DYMM SPB Yang Di Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak. Selain itu, beliau turut dijangka bertemu dengan pelbagai produksi di sini bagi kemungkinan menerbitkan Musical Moonshadow yang telah dipertontonkan di Australia dan New Zealand Jun lalu.
Memeluk Islam pada tahun 1977, Syeikh Yusuf memiliki pengikut besar di Malaysia, bersesuaian dengan pengiktirafan antarabangsa yang diterimanya terutamanya dalam misi perdamaian untuk kemanusiaan. Beliau juga bergiat aktif dan sentiasa memberikan sumbangan untuk misi kemanusian di seluruh dunia.
Walaupun melodi indahnya adalah nostalgia untuk generasi sebelumnya, yang akan terus meminati karya-karyanya, kata-kata dalam lagunya sentiasa menjadi inspirasi yang dapat menyeberangi batas masa sehingga ke generasi masa depan.
Beliau merupakan ikon contoh bagi generasi kontemporari, bukan sekadar untuk agamanya, Islam dan perdamaian, malah untuk seluruh dunia. Uniknya, beliau memilih untuk menerima jemputan sebagai tetamu terhormat di negara ini setelah mengagumi Malaysia yang terkenal dengan keindahan dan aura damainya.
Selain acara rasmi, beliau akan turut meluangkan masa untuk single nasyid terbarunya yang berjudul "Wind East And West", serta pelancaran inisiatif untuk keamanan dunia, "Peace Train Community" bagi mempromosikan keamanan dunia menerusi rangkaian dan interaksi, hasil kerjasama dengan mahasiswa di Malaysia.
Sheikh Yusuf juga terkenal dengan karya rintisannya dalam bidang Pendidikan. Bersama ulama besar dari seluruh dunia, Sheikh Yusuf telah berusaha selama lebih dua dekad bagi membangunkan silibus antarabangsa, iaitu sukatan pendidikan yang komprehensif dan bersepadu dalam pendidikan Islam dari peringkat pra asas, asas hinggalah ke peringkat menengah untuk diterapkan keseluruhannya ke sekolah Muslim aliran Bahasa Inggeris di United Kingdom, Afrika Selatan, Nigeria dan Amerika Syarikat.
Ini akan menjadi salah satu aspek yang akan mengeratkan lagi hubungan masa depan kita dengan Syeikh Yusuf dalam memberikan alternatif kurikulum pendidikan Islam untuk generasi muda Malaysia.
Sejak kembali ke arena muzik pada tahun 2006, Sheikh Yusuf telah menerbitkan dua album (An Other Cup dan Roadsinger) yang menerima pujian seluruh dunia. Beliau baru saja menamatkan konsert jelajahnya di UK, Ireland dan Australia pada tahun 2009 dan kini kembali menjadi perhatian umum setelah menyepi selama empat dekad. Kepulangannya ke arena muzik dinantikan berjuta-juta peminatnya di seluruh dunia.
Lawatan Sheikh Yusuf ke Malaysia bersama isterinya dikelolakan The Peace Train Community, Malaysia Chapter Committee yang dipengerusikan Datuk Yeop Adlan Rose.
25 Nov, kemunculan istimewa Dr Sheikh Yusuf Islam atau pun Cat Stevens di Malaysia Hari Ini (MHI) pada hari Khamis ini, 25 Nov
26 Nov: Penyanyi yang kini menjadi pendakwah terkenal, Cat Steven atau namanya kini, Yusof Islam akan memberikan tazkirah khas di Masjid UIA, Gombak menjelang solat Jumaat hari ini.
Menurut rakan baik beliau dari Malaysia, Mohd Fudzail melalui facebooknya, Yusof akan memberikan tazkirah itu kira-kira jam 12 tengahari.
Sebelum ini, Yusof diterima menghadap Yang Dipertuan Agung, Tuanku Mizan Zainal Abidin.
"Pertemuan hari ini, berlangsung sejam dan menggembirakan buat kedua pihak. Perbualan yang menyentuh pendidikan dan muzik, kehidupan Yusuf Islam menjadikan suasana begitu santai.
"Menurut Yusuf, beliau amat berpuas hati dan menyanjung tinggi penghormatan yang diberikan untuk bertemu dengan DYMM.
--------------------------------------------------------------------------------------------------
The King and Moonshadow
Yusuf has been invited to visit the King and Prime Minister of Malaysia during his planned stop over there with his wife.
In the next two weeks Yusuf will be traveling via Malaysia to Australia to discuss possible co-production for the Musical, Moonshadow, which was previewed during his highly acclaimed tour of Australia and New Zealand this June.
As a special gift to the Malaysian people Yusuf will be giving them first listen to a new release of his song, ‘Wind East and West’, to mark his first visit to Malaysia for many years. The song will be available as a free download to all those registered in the Redroom of yusufislam.com in the coming week.
More news from the trip will be posted in the coming days, God Willing.
In the next two weeks Yusuf will be traveling via Malaysia to Australia to discuss possible co-production for the Musical, Moonshadow, which was previewed during his highly acclaimed tour of Australia and New Zealand this June.
As a special gift to the Malaysian people Yusuf will be giving them first listen to a new release of his song, ‘Wind East and West’, to mark his first visit to Malaysia for many years. The song will be available as a free download to all those registered in the Redroom of yusufislam.com in the coming week.
More news from the trip will be posted in the coming days, God Willing.
-------------------------------------------------------------------------------------------------
To commemorate Yusuf’s first visit to Malaysia in over 5 years he’d like to offer all Redroom members the opportunity to download, for free, the song, ‘Wind East and West’.
If you are registered and logged in please click on this link to begin the download:
http://www.yusufislam.com/turntable
If you are still yet to register please follow the below link and complete the details to get the free song from the Turntable section:
http://www.yusufislam.com/login-register
Kredit Foto : www.yusufislam.org.uk
0 comments:
Post a Comment