Sukacita dimaklumkan bahawa PNB/ASNB dengan kerjasama PTAR UiTM Shah Alam akan mengadakan Pameran Minggu Pelaburan seperti ketetapan berikut:
Tarikh: 1 Februari 2010 sehingga 5 Februari 2010
Masa : 9.00 pagi - 4.00 petang
Tempat : Aras 2, Perpustakaan Tun Abdul Razak 1, UiTM Shah Alam
Objektif Pameran ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan dan pengetahuan tentang Pengurusan tentang Pengurusan Kewangan dan juga Pengenalan kepada Produk ASNB.
Pelbagai Aktiviti Menarik akan dijalankan sepanjang Pameran berlansung seperti:
(Semua Aktiviti adalah bertempat di Aras 2, PTAR1)
i) Kaunter PNB/ASNB- Pendaftaran Ahli Baru (Terbuka kepada sesiapa yang ingin membuka Akaun) :-
Skim Amanah Saham Nasional, Amanah Saham Nasional 2, Amanah Saham Nasional 3 Imbang,
Amanah Saham Gemilang, Skim Amanah Saham Bumiputera, Amanah Saham Wawasan 2020,
Amanah Saham Malaysia, Amanah Saham Didik, Amanah Saham 1Malaysia
ii) Kaunter Khidmat Nasihat & Rujukan Perancangan Kewangan
iii) Taklimat/Ceramah Perancangan Kewangan & Produk (Terbuka kepada semua Warga UiTM)
iii) Cabutan Hadiah Kuiz Ilmu Pelaburan & Perancangan Kewangan
Untuk makluman tuan/puan, Pihak PNB/ASNB juga berbesar hati untuk menyerahkan Buku Amanah Saham 1 Malaysia yang bernilai RM100 kepada Para Pelajar UiTM Kemasukan Sesi 20094, Sepenuh Masa, Ijazah Sarjana Muda daripada beberapa fakulti yang telah disenarai pendek seperti :
Fakulti AS, BM, LG(APB), HM, AD, LW, AC, CS, MC dan EC, EM dan E.
**Para Pelajar perlu membawa 1 salinan kad pengenalan untuk mengambil buku tersebut.
Sehubungan dengan itu, tuan/puan adalah dijemput hadir untuk memeriahkan lagi program ini.Jangan lepaskan peluang untuk memenangi pelbagai hadiah yang disediakan.
PRODUK ASNB
0 comments:
Post a Comment