Friday, August 21, 2009

Naib Johan Sektor Awam Konvensyen ICC Kebangsaan 2009


Konvensyen ICC Kebangsaan 2009 anjuran MPC telah selamat diadakan pada 18 - 20 Ogos 2009 di Kuala Lumpur Convention Centre.
Peserta dari UiTM Shah Alam terdiri daripada 3 kumpulan KIK dan jumlah keseluruhanan UiTM termasuk Cawangan adalah 9 kumpulan KIK yang masuk bertanding. Keseluruhan penyertaan kumpulan adalah dalam kategori Sektor Awam dan jumlah keseluruhan penyertaan adalah 55 kumpulan dari sektor tersebut.

Kumpulan yang mewakili UiTM Shah Alam diletakkan di bawah kategori Sektor Awam iaitu :-

1. Kumpulan e-WAVE dari Perpustakaan Tun Abdul Razak, UiTM
2. Kumpulan PELANGI dari Pejabat Pendaftar
3. Kumpulan SUARA dari Pejabat Pendaftar

Alhamdulilah tercapai juga hajat anak buah saya terutama En Muhammad Azmir untuk naik keatas pentas Konvensyen ICC Kebangsaan yang telah diidamkan selama ini Kemenangan ini dapat dicapai sebelum berniat nak pencen KIK tahun ini haaa...haaa...

Dapat Naib Johan Sektor Awam, 10 Kumpulan Terbaik Sektor Awam, Anugerah Emas 3 Bintang - pun jadilah, walupun tak dapat jadi Johan ( kalau nak jadi Johan tahun depan kena teruskan dengan projek baru le, tak kita cuba Konvensyen Perpustakaan Semalaysia di Sabah pula nanti..)

Terima kasih juga atas segala kerjasama dan daya usaha terutama tok Ketua Kumpulan eWAVE Tuan Haji Azizi Jantan, semua ahli serta sifu/tok guru2 KIK kami

Bersama ini disertakan keputusan rasmi Konvensyen tersebut bagi kontinjen UiTM

Kumpulan e-WAVE , PTAR, UiTM Shah Alam
- Naib Johan Sektor Awam
- 10 Kumpulan Terbaik Sektor Awam
- Anugerah Emas 3 Bintang


Kumpulan PELANGI dari Pejabat Pendaftar
Anugerah Emas 3 Bintang

Kumpulan SUARA dari Pejabat Pendaftar
- Anugerah Emas 2 Bintang

Keputusan Keseluruhan bagi Sektor Awam ialah :-
JOHAN - KASTAM
NAIB JOHAN - e-WAVE , PTAR, UiTM Shah Alam
TEMPAT KETIGA - Majlis Perbandaran Kuantan


http://library.uitm.edu.my/index.php?option=com_content&task=view&id=185&Itemid=202

Dalam persekitaran kerja yang saling berkaitan, maka perlu kepada lebih daripada satu jabatan untuk menjalankan satu aktiviti yang memberi peluang kepada mereka untuk memberi idea kreatif masing-masing. Sejajar dengan ini, Kumpulan ICC merupakan salah satu aktiviti kumpulan kecil yang ditubuhkan bertujuan untuk memperbaiki urusan kerja atau proses kerja bagi menambahbaik produk atau perkhidmatan berkaitan. Produk atau perkhidmatan yang lebih kreatif dan berinovatif seterusnya berupaya memberikan tahap kepuasan pelanggan yang lebih tinggi.

Penyertaan
Penyertaan adalah terbuka kepada :

Peserta (Kumpulan ICC yang berminat membentangkan laporan projek ICC)
Pemerhati (Mereka yang berminat untuk mendapatkan pendedahan mengenai aktiviti dan faedah-faedah yang diperolehi melalui aktiviti ICC)

Tarikh dan Tempat

Tarikh : 18 -20 Ogos 2009
Tempat : Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC), Kuala Lumpur.

Yuran Penyertaan

Peserta (Pakej A - RM270.00/peserta/sehari, Pakej B - RM500/peserta/2 hari, Pakej C - RM700/peserta/3 hari)
Pemerhati (Pakej A - RM300.00/peserta/sehari, Pakej B - RM550/peserta/2 hari, Pakej C - RM800/peserta/3 hari)

Permohonan Penyertaan
Permohonan boleh dibuat dengan mengepos atau faks kembali borang penyertaan yang disertakan. Pembayaran perlulah dijelaskan melalui cek berpalang kepada Ketua Pengarah, Perbadanan Produktiviti Malaysia. Bayaran hendaklah dibuat 7 hari sebelum tarikh konvensyen diadakan.

Untuk menyertai, sila hubungi pengawai bertugas:
Nor Robaayah Mohd Nor ( nrmn@mpc.gov.myThis e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it ) ext 307
Nur Syahrina Muhamad Nor ( NurShyahrina@mpc.gov.myThis e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it ) ext 501
Muhamad Faiz Marican Mubarak ( faiz@mpc.gov.myThis e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it ) ext 599

Tel : 603-7955 7266
Faks : 603-7954 0795

http://www.mpc.gov.my/index.php?option=com_content&task=view&id=356
Reactions:

0 comments:

Contact Me

Snap & Read with QRCODE Reader

http://zxing.appspot.com/generator/