Saturday, November 27, 2021

Alhamdulilah kali ini kumpulan kami telah menerima Par Excellence Award di ICQCC Hydrabad India 2021

 


Malaysia Productivity Corporation (MPC) telah membawa delegasi Malaysia ke 46th International Convention on Quality Control Circles (ICQCC) 2021 anjuran Quality Circle Forum Of India (QCFI) yang berlangsung pada 24 – 27 November 2021. Konvensyen tersebut telah diadakan di Hyderabad, India dan turut bersiaran secara langsung melalui platform Zoom dengan kerjasama pihak MPC. Sebanyak 81 projek inovasi diwakili oleh 50 organisasi telah menyertai delegasi Malaysia.

Menerusi konvensyen tersebut, Kumpulan KIK -Clique dan kumpulan ERA dari Perpustakaan Tun Abdul Razak, UiTM telah berjaya mendapat Anugerah Par Excellence melalui projek yang dipertandingkan oleh kumpulan iClique ialah UiTM Digital Library App https://library.uitm.edu.my/en/digital-initiative/services/mobile-apps dan kumpulan ERA dengan projek e-KKM System https://ekkm.uitm.edu.my/ Terdahulu, projek kumpulan iClique ialah UiTM Digital Library App telah mendapat anugerah Naib Johan Sektor Awam (Persekutuan)di Majlis Anugerah APIC 2020 anjuran MPC yang berlangsung pada 15 Disember 2020. https://perpustakaanuitm.blogspot.com/2020/12/tahniah-dan-syabas-ptar-di-majlis.html Dan kedua-dua projek kumpulan tersebut menerima Penarafan Emas dan Anugerah 20 Kumpulan Terbaik Sektor Awam (Persekutuan)






Syabas dan Tahniah kepada Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) ERA dan i-Clique daripada Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM kerana berjaya menerima Par Excellence Award di 46th International Convention on Quality Control Circles (ICQCC) 2021 yang berlangsung secara atas talian di Hyderabad, India pada 24 hingga 27 November 2021. Projek yang dipertandingkan oleh kumpulan iClique ialah UiTM Digital Library App dan kumpulan ERA dengan projek e-KKM System secara tak langsung mengulangi kejayaan kumpulan eWAVE ke ICQCC pada 2010 yang lalu.




Berikut Ucapan Tahniah dari Naib Canselor UiTM diatas kejayaan Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) ERA dan i-Clique daripada Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM




Berikut sejarah tuan rumah ICQCC :

1976Seoul1993Bangkok2010Hyderabad 
1977Taipei1994Hong Kong2011Yokohama
1978Tokyo1995Yokohama2012Kuala Lumpur
1979Seoul1996Kuala Lumpur2013Taipei
1980Taipei1997Beijing2014Colombo
1981Tokyo1998Colombo2015Korea
1982Seoul1999Manila2016Bangkok
1983Taipei2000Singapore2017Manila
1984Manila2001Taipei2018Singapore
1985Tokyo2002Lucknow2019Japan
1986Seoul2003Tokyo2020Dhaka
1987Bangkok2004Bangkok2021 Hydrabad India
1988Taipei2005Changwon2022 Indonesia
1989New Delhi2006Bali

1990Tokyo2007Beijing

1991Bali2008Dhaka

1992Seoul2009Cebu


#kikptar 
#kikuitm

0 comments:

Contact Me

Snap & Read with QRCODE Reader

http://zxing.appspot.com/generator/