Monday, August 12, 2019

Konvensyen KIK Peringkat UiTM 2019 Zon Tengah


Sukacita dimaklumkan bahawa Fakulti Sains Kesihatan (FSK), UiTM Cawangan Selangor, Kampus Puncak Alam telah dipilih secara rasminya sebagai tuan rumah dalam penganjuran Konvesyen Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK) Zon Tengah 2019. Acara ini akan berlangsung di Dewan Seminar FSK, Aras 8, Bangunan FSK 6, UiTM Cawangan Selangor, Kampus Puncak Alam pada 12 September 2019.
 
Sehubungan itu, pihak kami mengalu-alukan penyertaan daripada semua PTJ, Jabatan dan Bahagian yang berpusat di Zon Tengah iaitu dari UiTM Kampus Shah Alam, UiTM Kampus Puncak Alam, UiTM Kampus Puncak Perdana, UiTM Kampus Jalan Othman, UiTM Kampus Selayang, UiTM Kampus Sungai Buloh, UiTM Kampus Dengkil dan UiTM Kampus Seksyen 17. Tiada yuran penyertaan dikenakan.
 
Pertandingan ini adalah terhad kepada 10 (SEPULUH) pasukan terawal sahaja. Pendaftaran penyertaan pasukan boleh dibuat bermula dari 23 Mei 2019 sehingga 29 Ogos 2019.
 
Berikut adalah antara hadiah dan kategori yang dipertandingkan:
 
• Johan 
• Naib Johan 
• Ketiga 
• Anugerah KIK Berpotensi
• Anugerah KIK PRIMER Terbaik Inovasi Pengurusan
• Anugerah KIK HIBRID Terbaik Inovasi Pengurusan
• Anugerah Penjimatan Kos Sebenar Terbaik
• Anugerah Penjanaan Pendapatan Sebenar Terbaik
• Anugerah Dokumentasi Terbaik
• Anugerah Persembahan Terbaik
• Anugerah Pembentang Terbaik

Untuk penyertaan atau sebarang pertanyaan, sila hubungi, Dr. Emida Mohamed (Timbalan Pengerusi KIK Fakulti Sains Kesihatan) di talian 014-2258820, Puan Hazura Hussin (AJK Pendaftaran dan Jemputan) di talian 012-5282818 atau Puan Normah Rosdi (AJK Pendaftaran dan Jemputan) di talian 011-32501469.

Penyertaan pasukan perlu dialamatkan ke email rasmi kami seperti berikut:
 
Untuk maklumat lanjut, sila layari pautan https://inqka.uitm.edu.my/main/index.php/excellence-awards/kumpulan-inovatif-dan-kreatif-kik/kik-horizon-baharu dan untuk borang penyertaan, sila layari pautan http://portalkik.uitm.edu.my
 
PENTING: Sila gunakan pelayar INTERNET EXPLORER atau MORZILLA FIREFOX bagi mengelakkan sebarang masalah ketika menekan link. 
 
Syarat Pertandingan: 
1. Syarat-syarat penubuhan kumpulan KIK 

2. Cara penubuhan KIK 
 
3. Syarat pendaftaran projek KIK

4. Cara pendaftaran projek KIK 

5. Permohonan peruntukan kewangan 
 
Segala bentuk sokongan dan kerjasama oleh YBrs. Prof./Dato’/Datin/Dr./Tuan/Puan mengenai perkara ini adalah amat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.





0 comments:

Contact Me

Snap & Read with QRCODE Reader

http://zxing.appspot.com/generator/