Monday, May 06, 2019

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan 1440H/2019M



Mukadimah
Alhamdulillah, pujian dan syukur kepada Ilahi dengan pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas Nabi SAW, keluarga, sahabat dan yang mengikut jejak langkahnya hingga hari kesudahan.
Kita  mulakan dengan doa Rasulullah SAW. Daripada Talhah bin Ubaidillah R.A, apabila Nabi SAW melihat anak bulan, Baginda akan membaca doa:
اللَّهُمَّ أَهْلِلْهُ عَلَيْنَا بِالْيُمْنِ وَالْإِيمَانِ وَالسَّلَامَةِ وَالْإِسْلَامِ رَبِّي وَرَبُّكَ اللَّهُ

Maksudnya
: “Ya Allah keluarkanlah anak bulan ini dengan keberkatan dan keimanan, serta berikanlah keselamatan dan keIslaman, Tuhanku dan Tuhanmu (anak bulan) ialah Allah SWT”.
Riwayat al-Tirmizi (3373)

Sinar Ramadhan 1440 Hijrah menjelma tiba, singgah sebulan dalam kehidupan kita. Perkataan Ramadhan terlalu mulia kerana diingatkan dengan ibadat seperti puasa, tarawikh, jamuan berbuka puasa, tadabbur al-Quran, zikir, istighfar dan juga memenuhi masjid dan surau dengan acara ibadat.

Kedatangan Ramadhan pada kali ini yang mewarnai kehidupan kita haruslah disyukuri kerana Allah SWT memilih kita untuk mendapatkan Ramadhan sedangkan ramai dalam kalangan kita yang tidak sempat dengan Ramadhan ini. Justeru, doa yang kita panjatkan “وَبَلِّغْنَا رَمَضَان” menjadi peluang untuk kita mengisi madrasah Ramadhan ini dengan ketaatan.

Ramadhan pada kali ini menuntut kita untuk sentiasa bersyukur kepada-Nya dan keamanan yang kita miliki di tanah watan Malaysia ini adalah hal yang memungkinkan kita beribadat dengan selesa. Maka, mengambil kesempatan untuk beribadat kepada Allah di mukhayyam tarbawi Ramadhan ini adalah amat penting. Benarlah doa para salafus soleh:
اللَّهُمَّ سَلِّمْنِي لِرَمَضَان، وسَلِّمْ رَمَضَان لِي، وتسلمه مِنِّي مُتَقَبَّلاً

dipetik dari  laman web Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri

Di kesempatan bulan Ramadhan (Jadual Harian Bulan Ramadhan) yang penuh dengan segala-galanya ini, saya ingin mengucapkan selamat berpuasa dan bersama-samalah kita mengambil kesempatan diatas peluang yang telah Allah berikan ini untuk mencari mencari Lailatulqadar dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah,


Sememangnya sudah menjadi tradisi bagi kita umat Islam, pada setiap tanggal 17 Ramadhan kita akan mengadakan peringatan Nuzul Al-Quran.
Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam.


Dapatkan ebook percuma dari JAKIM sempena Ramadhan




Terbitan Bhg Penerbitan JAKIM
FORMAT PDF ( Boleh download )



Terbitan Bhg Penerbitan JAKIM


FORMAT PDF ( Bolehdownload)
Anak BulanPuasa Ramadan , TarawikhQiamullailLailatulqadar  , Waktu Imsyak & BerbukaKadar Zakat Fitrah

Selamat berpuasa dan berqiamullail.


Reactions:

0 comments:

Contact Me

Snap & Read with QRCODE Reader

http://zxing.appspot.com/generator/