Saturday, December 01, 2018

Selangor E-Sport Experience 2018


Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor dan Persatuan Sukan Elektronik Selangor  menganjurkan Selangor E-Sport Experience 2018 pada 2 Disember 2018 (Ahad) bertempat di The Pantheon, One City, Subang Jaya. Program ini bakal menghimpunkan peminat dan penggiat sukan elektronik dari seluruh negeri Selangor.

Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan maklumat tentang sukan elektronik kepada penggiat & peminat sukan elektronik.

Pengisian program:

i) Bengkel Pengenalan Sukan Elektronik 2018 Peringkat Negeri Selangor
Membincangkan tentang Sukan Elektronik Sihat (Healthy eSport) dan Kerjaya Dalam Sukan Elektronik (eSport Career).

ii) Forum The Future & Development of e-Sport
Membincangkan tentang Masa Depan dan Pembangunan Industri Sukan Elektronik di Selangor.

iii) Press Start
Memberi peluang kepada semua peminat sukan elektronik untuk mencuba semua jenis sukan elektronik secara percuma seperti PC Games, PS4, racing simulator dan Omni VR di The Pantheon yang merupakan arena sukan elektronik pertama di Malaysia dengan pentauliahan Platinum Geforce GTX iCafe.

2 Disember 2018, Ahad. 9.00 pagi - 6.00 petang.

Sijil, makan minum dan cenderahati peserta ada disediakan.

Masuk adalah percuma.










http://www.esportsselangor.com/

https://www.facebook.com/EsportsSelangor

https://www.instagram.com/esportsselangor/


https://twitter.com/esportsselangor

https://www.facebook.com/persatuansukanelektronikmalaysia/




0 comments:

Contact Me

Snap & Read with QRCODE Reader

http://zxing.appspot.com/generator/