Sunday, August 12, 2018

Shah Alam Tanpa Kenderaan Bermotor Ke Arah Bandar Rendah Karbon


Pagi minggu ini sempat ke Tasik Timur Shah Alam , cadangan nak berjogging dengan anak dan bawa ibu beriadah...  setelah pusing tasik cari parking di kawasan parking Masjid Shah Alam ..lihat parking agak penuh 


Setelah jumpa parking ...kami pun turun dan berjalan menghala ke tasik ...dan dapati ada beberapa warga shah alam sedang ber tai chi.... 


teringgin nak joint...haa...haa....lepas tu kami terus buat regangan bersama ...


Kami pun mulakan larian ....tapi terdengar macam ada event di Dataran Kemedekaan Shah Alam....kami pun bergerak kesana....rupanya hari ni ada  Program Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan di Dataran Kemerdekaan, 


“Program ini adalah inisiatif MBSA ke arah melahirkan warga Shah Alam yang mengamalkan gaya hidup sihat di samping mengurangkan penggunaan kenderaan di atas jalan raya, menyebabkan pelepasan gas karbon monoksida yang boleh mencemar alam sekitar.


“Sepanjang program berlangsung, orang ramai hanya dibenarkan menggunakan basikal, roller blade, papan luncur, hover board, berjalan kaki dan skuter blade di sekitar kawasan pusat bandaraya,”

Antara pengisian program adalah pelepasan untuk aktiviti riadah seperti berbasikal, acara berjalan kaki, persembahan pentas oleh Kombo MBSA, dan senamrobik. Sempena Tema Bulan Kemerdekaan kali ini ada bebberapa program istimewa seperti 

“Selain itu, diadakan pemeriksaan kesihatan percuma, edaran sarapan dan minuman secara percuma serta pengoperasian Perpustakaan Bergerak MBSA.





“Warga Shah Alam juga berpeluang membeli makanan di food truck, jualan barangan dan pameran seni lukisan, produk hijau (Green Eco Product), jualan baja kompos dan jualan bunga hiasan atau pokok buah-buahan.

“MBSA turut menyediakan sewaan basikal dan roller blade serta permainan kanak-kanak chu-chu train secara percuma chu chu train percuma, face painting, wall climbing, fruit eating challenge, Cats Adoption, aktiviti Sand Bag, Tyre Loop, Cargo Net dan Crawling,” katanya.

Pada masa sama, Kaunter Bergerak ‘Shah Alam on Wheel’ juga turut beroperasi bagi memudahkan orang awam membuat semakan dan pembayaran cukai taksiran, pembayaran kompaun tempat letak kereta, kaunter aduan, jualan kupon parkir dan sebagainya.


Program Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan telah mula dilaksanakan pada 22 Januari 2017 bagi memberi fokus terhadap aspek penjagaan alam sekitar ke arah menjadikan Shah Alam Bandar Raya Rendah Karbon menjelang tahun 2030.


Sejak penganjurannya, sambutan yang diterima amat menggalakkan dari kalangan warga Shah Alam dan sekitar Lembah Klang.


@sacitycouncil #sunday #c02free #gogreen
#daywithoutcar 
#DayWithoutCar
Reactions:

0 comments:

Contact Me

Snap & Read with QRCODE Reader

http://zxing.appspot.com/generator/