Sunday, April 10, 2016

Library Liaison Officer Day


Minggu ini agak sibuk juga kerana Bahagian kami Bahagian Perkhidmatan Akademik, Jabatan Perkhidmatan Perpustakaan, PTAR akan menganjurkan Program Library Liaison Officer Day 2016 yang sudah tertangguh agak lama. Akhirnya program ini telah ditetapkan akan diadakan pada :

Tarikh:  11 April 2016 (Isnin)
Masa :  8.00 pagi - 5.00 petang
Tempat :  Bilik Seminar PTAR


Antara objektif lain program ini diadakan adalah untuk :-

1. Memperkukuhkan komunikasi dan kolaborasi dua hala antara PTAR dengan LO Fakulti / Bahagian / Pusat
2. Mengeratkan hubungan silaturahim antara LO PTAR dengan LO Fakulti / Bahagian / Pusat bagi melancarkan sebarang program atau aktiviti bersama
3. Memperkenalkan LO PTAR yang baru dan LO Fakulti / Bahagian / Pusat 
4. Memberi penerangan mengenai perancangan aktiviti LO yang akan dijalankan bagi tempoh 2016/2017
5. Memberi penghargaan dan terima kasih kepada LO PTAR dan LO Fakulti / Bahagian / Pusat atas kerjasama baik yang diberikan
6. Perkongsian maklumat tentang Proses Cadangan Pembelian Bahan Perpustakaan Menggunakan Sistem WILS, Dasar Penyerahan Bahan Harta Intelek UiTM ke Repositori Institusi Universiti dan Pengurusan Rekod Universiti

PERLAKSANAAN
Pegawai Perhubungan Perpustakaan diharap dapat memberi komitmen sewajarnya agar komunikasi dan kolaborasi dapat berjalan lancar dalam memastikan kecemerlangan universiti dalam melaksanakan beberapa aktiviti/ program:


1. Sebagai pengantara perpustakaan dengan Fakulti/Bahagian/Pusat
  • Menghadiri mesyuarat /taklimat bersama fakulti
  • Menyalurkan aduan dan maklum balas berkaitan dengan Fakulti/Bahagian/Pusat
  • Menyalurkan keperluan perpustakaan kepada Fakulti/Bahagian/Pusat samada akreditasi dan sebagainya
  • Memberi nasihat dan pandangan untuk penambahbaikan perkhidmatan perpustakaan
2. Pembangunan koleksi/sumber pengajaran,pembelajaran dan penyelidikan         melalui:
  • Mendapatkan cadangan pembelian buku/jurnal/pangkalan data/ebooks/VCD dan sebagainya dari Fakulti/Bahagian/Pusat
  • Mengiringi wakil Fakulti/Bahagian/Pusat ke gedung pembekal buku/pesta buku
  • Pengedaran katalog penerbit bercetak atau elektronik
3. Mewar-warkan Program outreach Perpustakaan
  • Kelas Kemahiran Maklumat kepada Fakulti/Bahagian/Pusat
  • Taklimat perpustakaan bersama Fakulti/Bahagian/Pusat
  • Hari Bertemu Pelanggan bersama Fakulti/Bahagian/Pusat
  • Lain-lain aktiviti bersama perpustakaan dan Fakulti/Bahagian/Pusat]
 Berikut Senarai Pegawai Perhubungan Perpustakaan:
http://library.uitm.edu.my/v3/index.php/contact-us/library-liaison-officer

TENTATIF PROGRAM LIBRARY LIAISON OFFICER DAY 2016 

Masa
Program
8.00 pagi – 9.00 pagi
Pendaftaran / Minum Pagi
9.00 pagi – 9.15 pagi
Ucapan aluan Ketua Pustakawan
9.15 pagi – 9.30 pagi
Tayangan Video PTAR
9.30 pagi – 10.00 pagi
Sesi Memperkenalkan Pegawai Perhubungan Perpustakaan PTAR dan Pegawai Perhubungan Perpustakaan Fakulti / Bahagian / Pusat
(Multimedia)
10.00 pagi – 1.00 tengahari

             


Sharing Session” 

     1.    Penerangan tugas dan tanggunggjawabPegawai Perhubungan Perpustakaan dan Perancangan Aktiviti 2016
            Oleh: Puan Asmah Maaroff

     2.    Pembelian Bahan Perpustakaan
            Oleh: Puan Baimah Bujang

     3.    Repositori Institusi Universiti: Dasar      Penyerahan Bahan Harta Intelek UiTM
Oleh: Encik Zulkifli Ismail

1.00 tengahari – 2.00 petang
Jamuan Tengahari/Rehat
2.00 petang – 5.00 petang
Lawatan 
Sesi Networking
5.00 petang
Minum Petang dan Bersurai

Foto sekitar persediaan






0 comments:

Contact Me

Snap & Read with QRCODE Reader

http://zxing.appspot.com/generator/