Monday, October 29, 2012

Idea Pencetus Inovasi - Bank Idea KPT


Bank Idea KPT
Bank Idea KPT bertujuan mengumpulkan idea yang dicetuskan oleh para pelajar IPT, warga KPT dan seterusnya komuniti berkaitan isu pengajian tinggi negara. Isu tertentu akan dipaparkan setiap bulan di Inovasi@MOHE.


Bank Idea ini adalah langkah KPT bagi menggalakkan para pelajar IPT, warga KPT dan komuniti menyumbang idea melalui saluran yang betul dan dapat memupuk kemahiran penyelesaian masalah dan pembudayaan inovasi dalam kalangan mereka. Panel penilai akan memilih lima idea terbaik pada setiap bulan dan idea tersebut akan diberikan ganjaran dalam bentuk kewangan.
Baca maklumat lanjut ›

Terma dan Syarat

1. Terbuka kepada pelajar IPT, warga KPT dan komuniti yang berminat.
2. Penyertaan adalah secara individu
3. Peserta boleh memilih untuk menggunakan sama ada Bahasa Inggeris atau Bahasa Melayu untuk menyumbang idea
4. Peserta hendaklah memastikan idea yang diberi tidak mengaitkan mana-mana pihak yang berkepentingan dan tidak ada unsur fitnah, lucah dan menghina, atau mengaitkan isu politik, agama, kepercayaan, keturunan dan sebagainya
5. Pihak KPT berhak menolak sumbangan idea yang mengandungi unsur-unsur negatif seperti para 4
6. Panel penilai berhak menolak idea yang tidak asli atau plagiat
7. Pihak KPT pada bila-bila masa boleh mengubah atau membuat ketetapan lain terhadap terma dan syarat penyertaan ini

Kriteria Pemilihan Idea

1. Idea yang dipilih adalah berdasarkan ketulenan idea, kebolehlaksanaan, berimpak tinggi dan replicability dan berkait dengan isu yang diketengahkan dengan gaya penulisan yang baik
2. Lima(5) idea terbaik akan dipilih pada setiap bulan
3. Idea terbaik akan diumumkan melalui Inovasi@MOHE pada setiap bulan berikutnya
4. Pemilihan Panel Penilai adalah muktamad

Cara Penyertaan

1. Sampaikan idea anda kepada kami
2. Berdaftarlah untuk berpeluang memenangi hadiah yang menarik sekiranya idea anda dipilih
Idea Pencetus Inovasi
Dalam usaha mencapai Wawasan 2020, Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) merupakan tonggak ketiga dalam pembangunan modal insan berpengetahuan dan berkemahiran tinggi selain dari pendidikan persekolahan dan pendidikan tertiari negara. Ia bakal menjenamakan rakyat Malaysia sebagai bangsa pencinta ilmu yang meneruskan ketamadunan dan melonjakkan kualiti kehidupan.
Bagi menggerakkan pembudayaan PSH, empat inisiatif yang disenaraikan di dalam Pelan Induk Pembudayaan PSH Peringkat Nasional 2011-2020 adalah seperti berikut:
1) Peningkatan mekanisme dan infrastruktur bagi PSH;
2) Peningkatan kesedaran awam dan penglibatan dalam PSH;
3) Kesinambungan dan penghayatan PSH; dan
4) Penyediaan sokongan kewangan bagi PSH.
Cadangkan program/aktiviti yang boleh dilaksanakan untuk menarik minat dan menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia untuk terus belajar tanpa henti.
Isu bulan ini Pembelajaran Sepanjang Hayat  Anda mempunyai idea mengenai isu ini? Kemukakan idea anda ke Bank Idea KPT , Inovasi@Mohe https://app.mohe.gov.my/cadangan/cadanganQ.php?i=1
Aktiviti Inovasi yang lain boleh ikuti:
http://www.myinovasi2012.com/













0 comments:

Contact Me

Snap & Read with QRCODE Reader

http://zxing.appspot.com/generator/