PAR EXCELLENCE AWARD,ICQCC Hydrabad India 2021

Alhamdulilah kali in kumpulan kami telah menerima menerima Par Excellence Award di 46th International Convention on Quality Control Circles (ICQCC) 2021

DIAMOND , GOLD AND SILVER AT IIDEX 2019

Alhamdulilah dari dua projek inovasi yang saya sertai dalam (IIDEX) 2019 kali ini , inovasi WeGBY CHAIR telah menerima Anugerah SPECIAL AWARD - DIAMOND dan GOLD manakala inovasi RDMS (Reference Desk Management System ) mendapat anugerah SILVER

FASILITATOR TERBAIK 2019 ZON TENGAH

Alhamdulilah kali ini di anugerahkan sebagai Fasiltator Terbaik di Konvensyen KIK Peringkat UiTM 2019 Zon Tengah sekali lagi setelah menerima pada tahun 2016

ANUGERAH EMAS KONVENSYEN TEAM EXECELLENT MPC 2018

Alhamdulilah tugasan kali ini berjaya membawa kumpulan KIK PTAR i-Clique meraih Anugerah Emas dalam Konvensyen Team Excellent Peringkat Wilayah 2018 ( Wilayah Selatan ) di Holiday Villa Johor Bahru City Centre

ANUGERAH EMAS BAGI INOVASI SOLAT ALERT SOFTWARE (SAS) DI ITEX2017

Alhamdulilah dapat juga melakarkan sejarah memenangi anugerah emas bagi penyertaan di International Invention, Innovation and Technology Exhibition (ITEX 2017) pula dengan produk inovasi Solat Alert Software (SAS). ....

Anugerah EMAS (GOLD) di Ekspo Reka Cipta, Inovasi dan Reka Bentuk (Invention, Innovation And Design Exposition) - IIDEX

Alhamdulilah kedua-dua projek inovasi yang saya sertai mendapat anugerah dalam IIDEX2016 daripada sejumlah 745 penyertaan keseluruhannya.

Awards at British Invention Show 2009

The British Invention Show, is the largest innovation and technology expo in Britain. UiTM submitted 8 entries of which all won medals.

Fasilitator Terbaik

Fasilitator Terbaik kali kedua berturut-turut. Sebenarnya kejayaaan ini adalah kejayaan anda semua.

Konvensyen ICC Kebangsaan

Naib Johan Sektor Awam, 10 Kumpulan Terbaik Sektor Awam, Anugerah Emas 3 Bintang Konvensyen ICC Kebangsaan

Pingat Emas Dalam Malaysia Technology Expo ( MTE)

Menerima anugerah Pingat Emas dalam Malaysia Technology Expo ( MTE) 2009 yang telah diadakan pada 19 hingga 21 Februari 2009 di PWTC, Kuala Lumpur. Pelbagai hasil penyelidikan telah dipamerkan oleh 460 peserta/ kumpulan daripada pelbagai IPTA, badan swasta, MRSM dan lain-lain organisasi.

Sunday, December 15, 2024

Selamat Tahun Baharu 2025 Kalendar Sekolah 2025

Free download pdf calendar 2025

https://terabox.com/s/1Mj3vI1JZvf9hm25Eb4Zbnw





























Free download pdf calendar 2025
https://terabox.com/s/1Mj3vI1JZvf9hm25Eb4Zbnw







Tuesday, October 08, 2024

The IFLA/Baker & Taylor Best Public Library Award 2024 has been announced for Beijing Library

 


Beijing Library telah dinobatkan sebagai Perpustakaan Awam Terbaik 2024 oleh IFLA/Baker & Taylor. Anugerah ini diberikan kepada perpustakaan di seluruh dunia yang telah mencapai kecemerlangan dalam menggabungkan seni bina terbuka dan berfungsi dengan penyelesaian IT kreatif, serta melibatkan teknologi digital dan budaya tempatan.

Anugerah Perpustakaan Awam Terbaik IFLA/Baker & Taylor dianjurkan oleh Persekutuan Antarabangsa Persatuan dan Institusi Perpustakaan (IFLA) dengan kerjasama penaja baharu, Baker & Taylor, pembekal utama kandungan perpustakaan, perisian, dan perkhidmatan kepada perpustakaan awam dan akademik di Amerika Syarikat. Anugerah ini bertujuan untuk memberi penghormatan kepada perpustakaan awam baharu.


Berikut adalah ringkasan maklumat mengenai finalis Anugerah Perpustakaan Awam Terbaik IFLA/Baker & Taylor 2024:

Empat finalis telah diumumkan! Setiap finalis mempunyai gabungan menarik seni bina lestari yang berfungsi, penyelesaian IT kreatif, dan pengukuhan budaya tempatan:

Yellamundie – Perpustakaan Bandaraya Liverpool (Australia)
Perpustakaan Beijing (China)
Perpustakaan Awam Kaunti Kaunas Badan Awam (Lithuania)
Perpustakaan Utara Shenzhen (China)

Anugerah ini diberikan kepada perpustakaan di mana-mana negara di dunia yang cemerlang dalam menggabungkan seni bina terbuka dan berfungsi dengan penyelesaian IT kreatif, sambil melibatkan teknologi digital dan budaya tempatan. Untuk layak menerima anugerah ini, perpustakaan mesti dibina baharu, mempunyai sambungan yang signifikan, atau terletak di bangunan yang tidak pernah digunakan sebagai perpustakaan sebelum ini. Anugerah Perpustakaan Awam Terbaik 2024 disertakan dengan hadiah wang tunai sebanyak USD 5000, yang ditaja oleh Baker & Taylor.






Anugerah 2024 telah disampaikan di Persidangan Perpustakaan Antarabangsa “Culture, Knowledge, Community” di Barcelona pada 6-9 Oktober 2024.
Persidangan ini dianjurkan oleh Kementerian Kebudayaan Sepanyol, Kerajaan Catalonia, Majlis Wilayah Barcelona, Konsortium Perpustakaan Barcelona dan FESABID, bersama dengan Bahagian IFLA mengenai Perpustakaan Awam, Perpustakaan Metropolitan, Bangunan dan Peralatan Perpustakaan, Buku Nadir dan Koleksi Khas (RBSC), dan Perpustakaan Seni (ARTLIB).




Sumber  :
https://www.ifla.org/news/winner-announced-for-the-ifla-baker-taylor-public-library-of-the-year-award-2024/

Monday, October 07, 2024

Open Access Week 2024



Open Access Week 2024 

October 21 - 27, 2024

This year’s theme continues the call to put Community over Commercialization



International Open Access Week is organized by SPARC in partnership with the Open Access Week Advisory Committee.


http://www.openaccessweek.org/
http://www.openaccessweek.org/page/graphics
http://www.openaccessweek.org/profile/ahmadfaizar/


#openaccess #OpenAccessWeek #oaweek 
#oaweek2024






Saturday, July 06, 2024

Selamat Menyambut Awal Muharam – Maal Hijrah 1446H

 

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera

Salam Maal Hijrah 1446H
Al-Falah Pemacu Malaysia Madani

Persatuan Pentadbir UiTM (PPUiTM) mengucapkan Selamat Menyambut Awal Muharam - Maal Hijrah 1446H kepada warga kerja UiTM keseluruhannya.

Bersempena sambutan Maal Hijrah tahun ini, marilah kita bersama-sama menghayati semangat hijrah dan perjuangan Rasulullah SAW dalam menyebarkan agama Islam.
Semoga kedatangan tahun baharu memberikan semangat untuk lebih berjaya dalam apa jua yang kita lakukan

Wasalam

#maalhijrah

Thursday, November 09, 2023

Gold Award at the International Innovation and Design in Library and Information Science Competition (InDeLib2023)


Alhamdulillah, our innovation ‘Resource Centre System (Reces)’ in Category A - Organization has received the Gold Award at the International Innovation and Design in Library and Information Science Competition (InDeLib2023). Thank you to everyone involved! 🏅🙌

 #Innovation #Design #Library #InDeLib #InDeLib2023 #goldmedal





 

Monday, June 05, 2023

Selamat Hari Pustakawan 2023




Selamat Hari Pustakawan buat semua Pustakawan dan warga kerja Perpustakaan.

"Masyarakat Digital Madani, Peluang Memacu Perubahan."

Ingatan Tulus Ikhlas daripada Timbalan Ketua Pustakawan dan seluruh Warga Perpustakaan Tun Abdul Razak , UiTM Cawangan Pualu Pinang.

Laman web rasmi: https://penang.library.uitm.edu.my/  

Follow & Like Us: 
Perpustakaan Tun Abdul Raazak Cawangan Pulau Pinang PTARCPP
Facebook | Instagram | Twitter | Telegram | Tiktok

#selamatharipustakawan  #UiTMdihatiku #LibraryForAll
#library #librarian #librarianlife  #librarianday


Perpustakaan Digital Nasional aspirasi masa depan

Umum mengetahui bahawa Hari Pustakawan Kebangsaan disambut pada tanggal 6 Jun setiap tahun. Lebih menarik dan bagi menghargai semua pustakawan di negara ini, sambutan tahun ini bertemakan Masyarakat Digital Madani: Peluang Memacu Perubahan yang selari dengan aspirasi kepemimpinan negara.

Peranan pustakawan dalam mendepani arus kemodenan masa kini wajar diperkasakan dalam membentuk masyarakat berilmu serta berwawasan yang seterusnya menyumbang ke arah pembangunan negara.

Kini, dalam menyahut seruan Malaysia Madani, peranan pustakawan perlu diperluas sejajar dengan kerangka Malaysia Madani itu sendiri iaitu memacu kewujudan masyarakat maju dan bertamadun berdasarkan ilmu pengetahuan, tradisi, khazanah dan kearifan tempatan. 

Masyarakat Madani mesti dibentuk dengan keupayaan dan literasi maklumat yang mantap serta sentiasa diperkasakan dengan perkhidmatan dan pengemaskinian kaedahnya oleh pustakawan.

Sama ada sedar atau tidak, para pustakawan terutamanya pustakawan di universiti yang berperanan secara langsung dalam pendidikan dan ilmu pengetahuan adalah pemangkin kepada keberhasilan graduan seharusnya peka dengan kecenderungan maklumat digital masa kini agar bersesuaian dengan kehendak maklumat warga universiti khasnya.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dalam ucapannya menerusi Kajian Separuh Penggal, Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMK-12) 2021-2025 berkata, zaman kini adalah zaman perkongsian sumber yang membolehkan ilmu dikongsi dan dimanfaatkan bersama. 


Hakikatnya, bangsa maju bukan sekadar diukur melalui terdirinya bangunan moden dan hebat, tetapi juga diukur dengan kemajuan ilmunya.

Oleh itu, cadangan membangunkan National Digital Library boleh dilihat sebagai usaha besar yang membolehkan khazanah ilmu negara dikumpulkan dalam bentuk digital dan boleh diakses oleh sesiapa sahaja termasuk pencinta ilmu dari seluruh dunia. 

Ia adalah sumbangan paling penting dalam menterjemahkan Malaysia Madani seterusnya menyumbang kepada peradaban tamadun manusia.

Manakala, bagi menyemarakkan lagi usaha perkongsian sumber maklumat ini, satu Majlis Pelancaran Platform Sains Terbuka Malaysia (MOSP) oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Fadillah Yusof pada 16 Mei lalu telah memperlihatkan sumbangan langsung pustakawan dalam pengurusan dan penyumbang data mentah penyelidikan negara. 

Usaha pustakawan dalam MOSP akan merapatkan jurang antara penyelidikan, inovasi dan pengkomersialan, serta meningkatkan keupayaan inovasi.

Ironinya, di universiti, pustakawan berperanan memacu pelbagai inisiatif perpustakaan digital secara kreatif dan inovatif bagi mendukung hasrat universiti menjadi sebuah kampus pintar. 

Hasilnya, pelajar dapat menggunakan peranti mudah alih dan aplikasi teknologi maklumat untuk mengakses sumber maklumat perpustakaan dengan cepat pada bila-bila masa sahaja.

Walaupun pelajar boleh mendapatkan maklumat melalui talian internet, kemudahan ruang bacaan di perpustakaan tetap menjadi tumpuan pelajar. Perpustakaan di universiti bukan sekadar menyediakan kemudahan pendidikan, malah lebih dari itu.

Dalam hal itu, pustakawan berperanan menjadikan perpustakaan sebagai pusat intelektual yang sarat dengan pelbagai aktiviti keilmuan dan membina semangat. Hasilnya, proses pembelajaran di universiti menjadi aktiviti menyeronokkan kepada pelajar dan mampu merangsang pemikiran kreatif.

Dilihat di peringkat Asean, isu pemerkasaan pustakawan turut dibincangkan menerusi Libraries of Asean University Network (AUNILO) bagi membingkas pemerkasaan pustakawan agar mampu menghasilkan karya kreatif dan inovatif.

Malah, mesyuarat yang dihadiri oleh semua ketua pustakawan universiti anggota Asean University Network itu adalah platform dan medium perkongsian maklumat serta amalan terbaik perpustakaan peringkat antarabangsa. 

Oleh itu, perjuangan menyemarakkan budaya keilmuan dalam menyantuni semangat Malaysia Madani mesti diteruskan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang lebih makmur dan maju melalui budaya ilmu. Selamat Hari Pustakawan Malaysia!

Kredit kepada Penulis En Mahbob Yusof adalah Ketua Pustakawan, Perpustakaan Sultan Abdul Samad, UPM; Nur Azleen Hasan Ketua Bahagian Korporat dan Latihan Staf, Perpustakaan Sultan Abdul Samad, UPM Dan Mohd Dasuki Sahak Pustakawan Kanan, Perpustakaan Sultan Abdul Samad, UPM

Disiarkan di  Harian Metro  pada: Jun 6, 2023 @ 7:00am 
https://www.hmetro.com.my/rencana/2023/06/974498/perpustakaan-digital-nasional-aspirasi-masa-depan











Friday, April 21, 2023

Jom Gunakan Duit Raya Digital!

Jom Gunakan Duit Raya Digital !

 TIPS: Cara bagi Duit Raya Digital menggunakan aplikasi perbankan dan e-wallet

Semasa Hari Raya Aidilfiti, pasti ramai saudara-mara akan berkumpul bagi memeriahkan lagi sambutan Hari Raya dan akhir sekali pasti akan ada sesi pemberian duit raya terutamanya kepada golongan remaja dan kanak-kanak. 

Tapi, untuk memberi duit raya secara tunai, agak leceh kerana sampul perlu sediakan terlebih dahulu, dan duit baru perlu ditukar di bank.

Sempena Kempen Hijaukan Alam Sekitar, Bank Negara Malaysia menggalakkan orang ramai menggunakan wang kertas baharu atau lama sebagai pemberian duit raya penuh bererti.

Tak dapat tukar duit baru untuk Raya?

Jangan risau Guna e-Duit raya digital 

Tapi, dengan adanya pelbagai aplikasi perbankan dan e-wallet pada masa kini, anda boleh memberi duit raya secara tanpa tunai dengan lebih mudah dan cepat. Di sini, saya akan kongsikan cara untuk memberi duit raya secara digital.

Hantar e-Duit dengan mudah melalui telefon pintar pada Aidilfitri ini. 

Baca lebih lanjut di sini: bnm.gov.my/LT22F6

Selamat, Senang, Segera. 

Tip: Sentiasa semak sebelum sahkan transaksi anda! 

1. Menggunakan nombor akaun bank

Kebanyakan aplikasi bank sememangnya boleh digunakan untuk membuat pemindahan duit. Oleh itu, jika penerima tidak mempunyai nombor telefon dan kod QR DuitNow, anda boleh menggunakan cara pemindahan duit untuk memberi duit raya dengan menggunakan nombor akaun bank.


2. Melalui DuitNow – Nombor telefon

Dengan DuitNow, duit raya boleh diberi dengan hanya menggunakan nombor telefon. Ciri ini boleh didapati di aplikasi perbankan di Malaysia seperti MAE, CIMB Clicks, HLB Connect dan RHB. Namun, beberapa aplikasi perbankan ada menawarkan ciri e-Duit Raya yang membolehkan anda terus memberi duit raya menggunakan nombor telefon, pada masa yang sama mengirimkan ucapan raya kepada penerima. Untuk melakukannya, di sini saya tunjukkan cara bagaimana ia berfungsi di aplikasi MAE.

Buka aplikasi MAE

Di muka utama, tekan pilihan e-Duit Raya

Kemudian tekan ‘Send via Transfer’

Pilih kenalan anda

Masukkan jumlah duit raya

Pilih reka bentuk kad dan tambah ucapan

Tekan ‘Send Now’

Setelah itu, penerima akan menerima duit raya beserta ucapan yang telah dibuat.


3. Melalui DuitNow – Kod QR

Selain nombor telefon, duit raya juga boleh diberi melalui kod QR DuitNow. Ciri ini boleh didapati di kebanyakan aplikasi perbankan di Malaysia. Caranya juga lebih mudah berbanding menggunakan nombor telefon, anda hanya perlu mengimbas kod QR DuitNow kemudian masukkan jumlah, dan selesai. Sebagai contoh, saya tunjuk caranya di aplikasi AmOnline.

Buka aplikasi AmOnline

Tekan pilihan e-Duit Raya di belah kiri

Pilih ‘Scan QR’

Imbas kod QR

Masukkan jumlah duit raya

Pilih reka bentuk dan tinggalkan ucapan

Kemudian tekan ‘Confirm & Pay’

Bagi mereka yang nak menerima duit raya menggunakan kod QR, anda boleh simpan gambar kod QR atau kongsi kepada pemberi melalui WhatsApp. Berikut adalah cara untuk menyimpan dan kongsikan kod QR di AmOnline.

Buka aplikasi AmOnline

Tekan pilihan e-Duit Raya di belah kiri

Pilih ‘Show My QR’

Tekan ‘Share’ di bahagian bawah

Kemudian anda nampak pilihan simpan gambar atau kongsi di WhatsApp


4. E-Wallet

Bagi yang tidak mahu menggunakan aplikasi perbankan untuk memberi duit raya, anda juga boleh memberi duit raya melalui aplikasi e-wallet. Tapi, penerima perlu menggunakan aplikasi yang sama seperti pemberi bagi membolehkan transaksi berlaku. Menerusi e-wallet juga, duit raya boleh diberi sama ada menggunakan nombor telefon atau kod QR.

Untuk memberi duit raya menggunakan nombor telefon di Touch n Go eWallet, caranya adalah seperti berikut:

Buka aplikasi Touch n Go eWallet

Tekan pilihan ‘Transfer’ di muka utama,

Pilih nombor kenalan

Masukkan jumlah duit raya

Pilih ucapan raya

Kemudian tekan ‘Confirm Transfer’

Rujukan:

bnm.gov.my/LT22F6

https://www.bnm.gov.my/

https://twitter.com/BNM_official/status/1648258262326812673

https://bm.soyacincau.com/2023/04/20/tips-cara-bagi-duit-raya-digital-menggunakan-aplikasi-perbankan-dan-e-wallet/


Contact Me

Snap & Read with QRCODE Reader

http://zxing.appspot.com/generator/