Pages

Tuesday, April 26, 2022

Digital Library Chit Chat Series 3: Keselamatan Dunia Digital

 

Alahmdulilah sebleum kita beraya sempat  mengadakan satu lagi sesi Digital Library Chit Chat Series: dengan tajuk Keselamatan Dunia Digital

Tajuk Latihan: Digital Library Chit Chat Series: Keselamatan Dunia Digital
Tarikh: 27 Apr 2022 (Rabu)
Masa/ Tempoh: 10.00 pagi  – 12.00 tgh/ 2 jam
Tempat / Platform :Online ( Webex /FB /Youtube Live)
Youtube https://youtu.be/ZYwaaZ-0GjE
Facebook https://www.facebook.com/libraryuitm/videos/1339888809755447
Penceramah :-En Kamaruddin Bin Mahad , Pegawai Teknologi Maklumat Kanan, Bahagian Keselamatan ICT, Infostruktur UiTM
Moderator : -Tn. Hj. Ahmad  Faizar Jaafar, Pegawai Jabatan Perpustakaan Digital

Program ini diadakan adalah bertujuan untuk memberikan maklumat Technology Update kepada warga Perpustakaan & UiTM berkaitan perkembangan Teknologi semasa dan juga kaitan dengan  kemudahan-kemudahan Digital yang ada 

Objektif Digital Chit Chat Series
1.Meningkatkan kefahaman tentang Perkembangan Digital Technology semasa.
2.Meningkatkan tahap kompetensi staf Perpustakaan UiTM tentang penggunaan teknologi & Digital yang ada di Perpustakaan UiTM
3.Memberikan kefahaman & ilmu tentang Keselamatan Dunia Digital.

Rujukan 

Keselamatan digital penting ke arah negara digital Oktober 13, 2019 https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/10/617147/keselamatan-digital-penting-ke-arah-negara-digital

Keselamatan di Dunia Digital
https://www.denetim.com/ms/hizmetler/stratejik-risk-yonetimi/dijital-dunyada-guvenlik/

Keselamatan Siber Dan Tindak Balas Serta Pemulihan Bencana https://www.malaysia.gov.my/portal/subcategory/257?language=my

Rangka Kerja Keselamatan Siber Sektor Awam (RAKKSSA)
https://www.nacsa.gov.my/doc/RAKKSSA-VERSI-1-APRIL-2016-BM.pdf

Panduan Keibubapaan Siber
https://www.nacsa.gov.my/doc/keibubapaansiber.pdf


Sekitar Digital Library Chit Chat Series : Keselamatan Dunia Digital

https://library.uitm.edu.my/en/pages/upcoming-events/latest-at-ptar/107-announcement/703-keselamatan-dunia-digital

#Digital  #digitalMalaysia #DigitalSecurity #DigitalLibrary

Youtube https://youtu.be/ZYwaaZ-0GjE



Foto sekitar program


















Tuesday, April 05, 2022

Lawatan dari DPPC, MJIIT UTM melihat kemudahan AR & VR PTAR

 

06 April 2022 (Rabu) Kami di Jabatan Perpustakaan Digital telah menerima pelawat dari DPPC, Malaysia Japan International Institute of Technology (MJIIT), Universiti Teknologi Malaysia Kuala Lumpur yang terdiri dari 3 orang staf iaitu:
1. PM Sr Dr Siti Uzairiah ( Timb.Pengarah DPPC UTM )
2. En. Muhammad Syahir, Penolong Pegawai Penyelidik
3. Encik Muhammad Islah Bin Sulaiman,  Penolong  Jurutera

Deligasi lawatan telah disambut oleh En Jamalludin Bin Sulaiman, Ketua Timbalan Pustakawan , Tuan Haji Azizi Jantan Ketua Jabatan Perpustakaan Digital dan saya serta pegawai dan staf BKK
 
Tujuan lawatan untuk berkongsi maklumat mengenai kemudahan Augmented Reality dan Virtual Reality yang di Perpustakan Digital UiTM, Shah Alam.
https://library.uitm.edu.my/find-space/esports



video sekirar lawatan


Sunday, April 03, 2022

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan 1443H/2022M

 


Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan 1443H/2022M
Ahlan wa Sahlan Ya Ramadan , kali ni kita akan memasuki Ramadhan dalam keadaan peralihan dari pendemik ke endemik. Alhamdulilah kita dah boleh solat berjemaah di masjid , tarawih di masjid beramai-ramai ,  iftar dan moreh di masjid seperti selalu.   


Salam Nuzul Al-Quran 
17 Ramadan 1442H /29 April 2021


Allah menurunkan Al-Quran untuk menjadi petunjuk dan penjelasan bagi umat manusia; menjelaskan kepada mereka yang halal dan haram, berbagai peringatan dan hukum-hakam, serta pembeza antara yang haq dan yang batil.

Tanda kita mencintai al-Qur'an adalah dengan sentiasa membaca, mengamalkan dan menyebarkan kandungan Al-Quran untuk manfaat seluruh alam.

Sama-samalah kita menghayati apa itu Al-quran dan ayat2 yang terkandung di dalamnya..  Jadikan peristiwa Nuzul-alquran  ini suatu peristiwa besar yang penuh bermakna dan hikmah. kita seharusnya melihat al-quran itu sebagai kitab induk panduan ilmu pengetahuan untuk memajukan manusia seluruhnya.

Wasalam