Pages

Monday, March 28, 2022

Konvensyen KIK Perpustakaan SeMalaysia

 

Menghadiri Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Horizon Baharu Perpustakaan Se-Malaysia 2022 @ Negeri Sembilan
Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan dengan kerjasama Majlis Pengarah-Pengarah Perpustakaan Awam Se-Malaysia akan menganjurkan Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Horizon Baharu Perpustakaan Se-Malaysia 2022 @ Negeri Sembilan, bermula 29 hingga 30 Mac 2022 bertempat di Royale Chulan, Seremban.
15 Pasukan KIK dari Perpustakaan Awam Negeri dan Perpustakaan IPTA seluruh Malaysia akan bertanding bagi merebut kejuaraan bagi kategori projek penciptaan dan kategori projek penambahbaikan
Saksikan Konvensyen ini yang akan dibawakan secara langsung melalui FB page rasmi Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan.


Monday, March 21, 2022

Kursus Pemantapan Pendigitalan Perpustakaan UiTM

  

Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), UiTM Shah Alam akan menganjurkan bengkel seperti ketetapan berikut:

      Tajuk       : Kursus Pemantapan Pendigitalan Perpustakaan UiTM
    Tarikh       : 21 Mac 2022 (Isnin)
    Masa        : 9.00 pagi - 4.30 petang
Tempat : Pusat IT, PTAR
Objektif penganjuran program adalah untuk:
1. Meningkatkan pengetahuan tentang perkhidmatan perpustakaan digital kepada semua staf Perpustakaan.
2. Memberikan kefahaman tentang penggunaan dan fungsi setiap perkhidmatan perpustakaan digital.
3. Meningkatkan tahap kompetensi staf perpustakaan di dalam melaksanakan taklimat, penerangan atau aktiviti promosi berkaitan perkhidmatan perpustakaan digital kepada pengguna Perpustakaan.