Pages

Sunday, January 23, 2022

Sekitar Program Digital Library Chit Chat Series: Virtual Reality (VR)

Baru-baru ini saya telah diminta untuk menganjurkan satu program seperti talk show atau technology update iaitu suatu program baru untuk tahun 2022 ini iaitu kami namakan Digital Library Chit Chat Series dimana kali ini kami memilih topik Virtual Reality (VR) ( sebagai Kategori Latihan ICT) kepada staf Perpustakaan UiTM khasnya & warga UiTM umumnya. Program ini diadakan adalah bertujuan untuk memberikan maklumat Technology Update kepada warga Perpustakaan & UiTM berkaitan perkembangan Teknologi semasa dan juga kemudahan-kemudahan Digital yang ada di Perpustakaan UiTM ketika ini. Pada program kali ini kami bertuah kerana dapat berkerjasama dengan team Almotahida Education Group Sdn Bhd https://www.almotahidaeducation.com/ yang terdiri dari Puan Endang dan En Ahmad Hafiz Mohd Mazlan yang sudi berkongsi maklumat & teknologi Virtual Reality (VR) yang diusahakan oleh syarikat mereka. Alhamduliah program berjalan lancar walaupun ini program pertama kali yang kita laksanakan secara Hybrid bersemuka serta live menerusi FB Live https://www.facebook.com/libraryuitm/videos/1127923991310904/
Beberapa penambahbaikan yang boleh dan akan ditambah baik. Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat terutama team dibelakang tabir yang memastikan program ini berjalan dengan jayanya.

#DigitalLibraryChitChat #LibraryUiTM #AR #VR #VRChat #metaverse #gamification Berikut Foto Sekitar Program Digital Library Chit Chat Series: Virtual Reality (VR)






Digital Library Chit Chat Series: Virtual Reality (VR)

 
Saya telah diminta menganjurkan satu progam ala-ala talk show gitu ...haa....haa  yang diberi nama Digital Chit Chat Series , topik yang dipilih kali ini  Virtual Reality (VR) (Kategori Latihan ICT) kepada staf Perpustakaan UiTM khasnya & warga UiTM umumnya.

Program ini diadakan adalah bertujuan untuk memberikan maklumat Technology Update kepada warga Perpustakaan & UiTM berkaitan perkembangan Teknologi semasa dan juga kemudahan-kemudahan Digital yang ada di Perpustakaan UiTM ketika ini.

Antara objektif  program ini  
1. Meningkatkan kefahaman tentang Perkembangan Digital Technology semasa.
2. Meningkatkan tahap kompetensi staf Perpustakaan UiTM tentang penggunaan teknologi & Digital yang ada di Perpustakaan UiTM
3. Memberikan kefahaman tentang Virtual Reality (VR) dan Kegunaannya

Tajuk Program : Digital Library Chit Chat Series: Virtual Reality (VR)
Tarikh     : 18-19 November 2021
Masa      : 10.00 pagi 
Tempat   : Hybrid : PTAR UTAMA  & Online FB Live https://www.facebook.com/libraryuitm/videos/1127923991310904/


Penceramah : En Ahmad Hafiz Mohd Mazlan, Almotahida Education Group Sdn Bhd
Peserta    : Staf Perpustakaan UiTM & Warga UiTM

Tentatif Program
1. Pegenalan Teknologi VR AR
2. Perkembangan VR  dan Modul-modull Pendidikan VR 
3. Seisi Soal Jawab & Kuiz 
4. Demonstrasi VR& WebXR

Semoga program ini dapat memberi  manafaat kepada warga Perpustakaan & UiTM berkaitan perkembangan Teknologi semasa.