Pages

Wednesday, November 22, 2017

Aplikasi QR di semua universiti


BERMULA Jun depan, semua 20 Universiti Awam (UA) akan dijadikan kampus pintar atau kampus digital selaras dengan usaha Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mengadaptasi teknologi dalam pendidikan tinggi negara.

Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi Kementerian Pendidikan Tinggi Datin Paduka Ir Dr Siti Hamisah Tapsir berkata, ketika ini Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) sudah mengaplikasikan bacaan kod Respons Pantas (QR) kepada penuntutnya.

"Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh sudah meletakkan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) supaya semua UA dijadikan kampus pintar menjelang Jun 2018.

"Ini bermakna penuntut akan menggunakan kod QR untuk setiap pembelian, pendaftaran, meminjam buku dan sebagainya, jadi sebarang urusan di kampus akan beroperasi tanpa tunai dan kad," katanya ketika ditemui media selepas menyampaikan ucaptama pada Forum Pengurusan Universiti Berkaitan Kerajaan (GLU) 2017 di Putrajaya, hari ini.

Forum Pengurusan GLU 2017 dianjurkan gabungan empat universiti GLU iaitu Universiti Kuala Lumpur (UniKL), Universiti Teknologi Petronas (UTP), Universiti Multimedia (MMU) dan Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) yang dinamakan 'Industry Driven Higher Education Alliance (IDEA)'.

Tahun ini, forum membincangkan kesan dan cabaran Revolusi Industri 4.0 terhadap pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan dan inovasi serta pembangunan mahasiswa.

Siti Hamisah berkata, usaha menjadikan UA sebagai kampus digital adalah sebahagian daripada Pendidikan 4.0 yang menyediakan garis panduan mengenai pendidikan tinggi negara dalam mendepani cabaran dan memenuhi keperluan Revolusi Industri 4.0.

Sementara itu, beliau berkata, rangka kerja Pendidikan 4.0 dijangka dibentangkan kepada Kabinet tahun depan selepas diperhalusi di peringkat kementerian.

Katanya, ketika ini, kementerian masih turun padang untuk memberi penerangan dan penjelasan berhubung Pendidikan 4.0 kepada pihak berkepentingan sebelum mendapat maklum balas mengenainya.

"Kita kena pastikan semua pihak bersedia dengan Pendidikan 4.0 barulah boleh dilaksanakan. Kita juga sedang menyediakan dokumen Pendidikan 4.0, sebelum dimuktamadkan," katanya.

Beliau berkata, rangka kerja Pendidikan 4.0 mempunyai empat elemen iaitu kurikulum yang fleksibel, kerajaan yang tangkas, kajian dan bakat.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 21 November 2017 @ 4:23 PM
Hayati Ibrahim
ya_t@hmetro.com.my
Sumber : Harian Metro

Konvensyen Kumpulan Inovatif & Kreatif UiTM 2017


Bulan November ini agak sibuk juga setelah dilantik menjadi Penyelaras Inovasi   , dimana minggu lepas  ke Annual Productivity & Innovation Conference and Exposition 2017  dari 14 hingga 16 Nov 2017bertemapat di Genting International Convention Centre , Genting Highland Pahang

.

Minggu ini saya kena mambawa Kumpulan KIK i-Clique ke Konvensyen KIK UiTM 2017 yang berlangsung pada 21 November - 23 November 2017 bertempat di Institut Kepimpinan Dan Pembangunan (ILD) UiTM Bandar Enstek,Nilai Negeri Sembilan





#kik #kikuitm #kikptar #inovasi

Friday, November 17, 2017

KIK i-Team Anugerah Emas, 3 STARS di APIC National Team Excellence 2017

 

Tahniah dan Syabas
 kepada Kumpulan Inovatif dan Kreatif  (KIK) i-Team  dari  Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM di atas kejayaan meraih Anugerah Emas (Gold Award)  3 Bintang dalam Annual Productivity & Innovation Conference and Exposition ( APIC ) 2017 di Genting International Convention Centre.
Sebagai penyelaras saya merasa bangga dan lega kerana tercapai juga akhirnya KPI Kebangsaan Tahun 2017 ini Terima kaish Kumpulan i-Team dan rakan2 yang tak dapat hadir

 


























Thursday, November 16, 2017

APC 2017 Konvensyen KIK Kebangsaan 2017 ( National Convention on Team Excellence - ICC 2017)


Annual Productivity & Innovation Conference and Exposition 2017
14 - 16 Nov 2017
Genting International Convention Centre 
#MPC #APIC2017




Konvensyen ICC Kebangsaan 2017 kali diadakan bermula dari 14 – 16 November  2017 (Selasa – Khamis ) bermula seperti biasa 9.00 pagi sehingga  5.00 petang bersempena dengan Annual Productivity & Innovation Conference and Exposition 2017
http://www.mpc.gov.my/innovative-and-creative-circle-icc/
Aktiviti Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK- ICC- Innovative Creatif Circle) anjuran Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) mampu melahirkan pekerja sesebuah syarikat dan organisasi untuk lebih proaktif, produktif dan mampu berfikir di luar kotak.

Semua syarikat dan organisasi dalam negara wajar melibatkan diri dalam program ICC secara aktif. Ia bukan sahaja membantu syarikat menjimatkan kos operasi seterusnya mencapai visi dan misi syarikat, malahan budaya ICC yang diterap mampu menghasilkan warga kerja berfikiran ke depan dan membentuk Team atau kumpulan kerja yang mantap -sesuai bagi Team Building

ICC atau KIK ini membantu memberi peluang kepada pekerja berfikiran secara kreatif dan mengeluarkan kreativiti mereka untuk berfikir luar kotak bagi menyelesaikan sebarang masalah di tempat kerja.

Ini akan menghasilkan pekerja produktif dan proaktif. Jika syarikat dan organisasi mempunyai pekerja seperti ini, ia akan membantu setiap syarikat untuk maju ke hadapan dan berdaya saing sehingga peringkat antarabangsa seperti projek KIK/ICC kami yang lalu bersama kumpulan kik e-Wave ke British Invention, Innovation and Tecnology Show - BIS di London

sekitar APC2017