Alhamdulilah projek inovsi kami dengan tajuk E-Kuiz / E-Ujian Melalui Instant Messaging (IM) Terkini Telegram memenangi pingat EMAS (GOLD) dalam kategori ICT & MULTIMEDIA di Pertandingan inovasi peringkat kebangsaan iCompEx '16 ( Innovation and Invention Competition Through Exhibition 2016) yang telah disertai lebih dari 600 penyertaan dari seluruh Malaysia.
Pages
▼
Friday, March 25, 2016
KEPUTUSAN PERTANDINGAN INOVASI iCompEx'16
KEPUTUSAN PERTANDINGAN INOVASI iCompEx'16
1. ANUGERAH INOVASI PALING BERNILAI
TAJUK PROJEK: EZY-PAMERAN
INSTITUSI: MAJLIS BANDARAYA SHAH ALAM (MBSA)
2. ANUGERAH INOVASI HARTA INTELEK
TAJUK PROJEK: DANCING GASSES PATTERN FOR GMAW WELDING PROCESS
INSTITUSI : MALAYSIAN INSTITUTE OF MARINE ENGINEERING TECHNOLOGY
3. ANUGERAH INOVASI NILAI KOMERSIL
TAJUK PROJEK : PSEUDO FIBER DRINK
INSTITUSI : POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MU'ADZAM SHAH (POLIMAS)
4. ANUGERAH INOVASI BERPOTENSI
TAJUK PROJEK : HEALING E.G.O : THE NEWLY FOUND CREAM FOR INFECTED WOUND
INSTITUSI : SEK. MEN. SAINS SULTAN MOHAMAD JIWA
Keputusan seterusnya boleh rujuk maklumat seperti link dibawah :
sumber :
http://app.polimas.edu.my/icompex/
http://app.polimas.edu.my/icompex/umum/PEMENANG_4_ANUGERAH%20_KHAS.pdf
Sedutan Berita
Pertandingan Inovasi dan Penciptaan Melalui Pameran 2016 (iCompEx’16) antara kejayaan penganjuran pertandingan inovasi kali ke-4 yang diadakan di Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (Polimas), Jitra Kedah.
iCompEx bermula pada 2013 dengan bilangan penyertaan yang tidak ramai pada awalnya.
Walau bagaimanapun Penganjuran iCompEx 2014 telah berjaya mengumpul dan mengetengahkan 635 projek daripada pelbagai institusi untuk merekacipta pelbagai idea dan kreativiti melalui projek-projek pelajar yang dipertandingkan dalam iCompEx’14.
Penganjuran iCompEx’15 pula telah berjaya mengumpul sebanyak 935 projek dan 4040 penyertaan daripada pelbagai institusi yang telah dipertandingkan dalam iCompEx’15 dan mendapat pengiktirafan The Malaysia Book of Records dalam kategori penglibatan paling ramai dalam pertandingan inovasi dan penciptaan.
Penganjuran iCompEx memberi kesan yang sangat positif kepada pensyarah dan pengajar khususnya institusi politeknik, kolej komuniti, institut pengajian tinggi awam, kolej swasta, institut kemahiran atau latihan, sekolah, maktab dan pusat giat Mara dalam memastikan pelajar yang diselia bersedia dengan pelbagai ilmu dan kemahiran yang kreatif bagi menghasilkan projek bermutu untuk dipertandingkan.
Pertandingan inovasi peringkat kebangsaan yang dianjurkan ini adalah menjadi platform terbaik kepada pencipta muda untuk mengetengahkan idea dan ciptaan mereka bagi dimanfaatkan oleh semua pihak.
iCompEx’16 juga membuka peluang yang sama kepada pensyarah dan semua warga Polimas mengetengahkan hasil ciptaan masing-masing demi memartabatkan negara sebagai hab inovasi serantau.
iCompEx akan terus menjadi satu jenama keluaran Polimas yang sinonim dengan penghasilan produk inovasi dan ciptaan baharu yang akan menjadi produk yang dapat dikomersialkan di pasaran tempatan.
Sempena iCompEx’16 pelbagai aktiviti gerai jualan dan pameran diadakan selain diserikan dengan dengan Forum Bicara Hijrah bersama Ustaz Yusri dan Ijam Medicine.
Majlis itu turut diadakan seminar bersama pemenang Anugerah Inovasi Negara-2015 Akar Umbi, Datuk Mohd. Asri Dollah dan aktiviti ceramah bersama Imam Muda Asyraf.
iCompEx ’16 amat bertuah kerana menerima kehadiran Angkasawan Negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor yang telah menyampaikan ceramah tentang dunia angkasawan.
http://www.utusan.com.my/pendidikan/kampus/icompex-16-dunia-ciptaan-inovasi-1.304700
Monday, March 21, 2016
iCompEx'16 NATIONAL INNOVATION AND INVENTION COMPETITION THROUGH EXHIBITION

iCompEx merupakan akronim kepada “Innovation and Invention Competition Through Exhibition” sebagai satu jenama pertandingan untuk mempamerkan penghasilan projek pelajar dan produk penyelidikan yang berkualiti.
iCompEx mula digerakkan pada awal tahun 2013 dan pada tahun 2014 telah berjaya menarik sebanyak 650 penyertaan yang melibatkan penyertaan di peringkat dalaman, beberapa politeknik, Kolej Komuniti, Giat Mara, Institut Latihan Perindustrian(ILP), Institut Kemahiran Belia Negara(IKBN), Institusi Pengajian Tinggi Awam(IPTA), Institut Pengajian Tinggi Swasta(IPTS), Agensi Kerajaan/Swasta dan sekolah. iCompEx’15 berjaya menarik penyertaan yang lebih ramai dan diikitiraf “The Malaysia Book of Records for organising the Largest Participation in a Innovation and Invention Competition”.
iCompEx’16 yang berlangsung pada 22 hingga 24 Mac 2016 ini merupakan kali keempat penganjurannya. Pertandingan inovasi peringkat kebangsaan ini diharapkan menjadi platform terbaik mengenengahkan idea untuk dimajukan.
Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah,
Bandar Darul Aman,
06000 Jitra, Kedah
Tel: 04-9146100
Fax: 04-9146226
Email: myicompex@gmail.com
http://www.polimas.edu.my
http://app.polimas.edu.my/icompex/
| Tentatif iCompEx'16 | |||||||
|
Tarikh : 22 - 24
Mac 2016
Lokasi
: POLIMAS, Jitra, Kedah
|
|||||||
|
| |||||||
Monday, March 14, 2016
Seminar Penarafan Universiti : Apa Peranan Kita?

Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) anjuran Bahagian Perkhidmatan Akademik,Jabatan Perkhidmatan Perpustakaan UiTM Shah Alam menganjurkan Seminar Penarafan Universiti : Apa Peranan Kita? pada tetapan berikut:
Tarikh : 15 - 16 Mac 2016 (selasa & Rabu)
Tempat : Auditorium ILD & Auditorium PTAR 2
Objektif Seminar Penarafan Universiti : Apa Peranan Kita?
- Meningkatkan pengetahuan dan memperkasakan kefahaman mengenai Sistem Penerafan Universiti.
- Menjelaskan peranan dan sumbangan pustakawan dalam meningkatkan penarafan ranking universiti serta kolaborasi PTAR bersama PSM.
- Menjelaskan peranan dan sumbangan pustakawan dan perpustakaan dalam meningkatkan visibility penerbitan universiti.
- Menerangkan peranan Pusat Sitasi Malaysia(PSM) dan jalinan kolaborasi di antara PSM dan perpustakaan.
- Penerangan mengenai PRISMa,fungsi dan skop tanggungjawab perpustakaan dalam membuat validasi.
Penceramah disampaikan oleh :
1) Prof.Dr.Hajah Roziah Mohd Janor
Pengarah Penarafan Universiti,UiTM
2) Prof.Madya Dr.Zuraidah Abdul Manaf
Ketua Sitasi malaysia(PSM),Kementerian Pengajian Tinggi,Malaysia
3) Prof.Dr.Hadariah Bahron
Penolong Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi IRMI,UiTM
4) Encik Noor Hidayat Adnan
Ketua Pustakawan UiTM
Aturcara :
Hari Pertama
|
15 Mac 2016 (Rabu)
Auditorium ILD
|
Masa
|
Program
|
8.00 – 8.30 pagi |
Pendaftaran /
Minum Pagi
Ketibaan peserta
Ketibaan KP, TKP
Kanan dan Ketua Perpustakaan Cawangan
Ketibaan Prof
Roziah dan Jemputan daripada InQKA
|
8.45 – 9.00 pagi
|
Nyanyian Lagu
Negaraku dan Wawasan Setia UiTM
Bacaan doa
Ucapan aluan dan
perasmian - Encik Noor Hidayat Adnan
|
9.00 pagi –
11.00 pagi
|
Sesi 1: Penarafan universiti: kriteria penilaian dan kepentingan
Speaker: Prof. Dr. Hajah Roziah
Mohd Janor (InQKA, UiTM)
Sesi Soal Jawab
|
11.00 pagi –
1.00 ptg
|
Sesi 2: Penarafan universiti: Pencapaian UiTM
Speaker: Prof. Dr. Hajah Roziah
Mohd Janor (InQKA, UiTM)
Sesi Soal Jawab
Penyampaian
cenderahati
|
1.00 tgh – 2.00
ptg
|
Makan
tengahari / Rehat
|
2.30 – 4.30 ptg
|
Sesi 3: Pusat Sitasi Malaysia: Kolaborasi PSM dan PTAR,
Di sini Bermula
Speaker: Prof. Madya Dr. Zuraidah
Abdul Manaf (PSM)
Penyampaian
cenderahati
|
4.30– 5.00 ptg
|
Sesi Soal Jawab
Minum petang dan
Bersurai
|
Hari Kedua
|
16 Mac 2016 (Rabu)
Dewan Auditorium PTAR 2
|
Masa
|
Program
|
8.00 – 9.00 pagi
|
Pendaftaran /
Minum Pagi
Ketibaan Prof Hadariah/
VIP
|
9.00 pagi –
11.00 pagi
|
Sesi 4:
Visibility penerbitan dalam menyokong peningkatan penarafan universiti
Speaker: Prof. Dr. Hadariah binti Bahron (IRMI,
UiTM)
Penyampaian
cenderahati
|
11.00 pagi –
1.00 ptg
|
Sesi 5: Penarafan
universiti: Peranan PTAR, Cabaran dan Harapan
Speaker: Encik Noor Hidayat bin Adnan(PTAR)
Penyampaian
cenderahari
|
1.00 tgh – 2.00
ptg
|
Makan
tengahari / Rehat
|
2.30 – 4.30 ptg
|
PRISMa: Isu dan Solusi (Hands-on)
Moderator: Puan Asmah Maaroff dan
Tuan Haji Ahmad Faizar Jaafar (BPA, PTAR) |
4.30– 5.00 ptg
|
Sesi Soal Jawab
Minum petang dan
Bersurai
|
The importance of understanding your university’s reputation and rankinghttp://stateofinnovation.thomsonreuters.com/the-importance-of-understanding-your-universitys-reputation-and-rankings#at_pco=smlwn-1.0&at_si=5728a23c35083ef8&at_ab=per-2&at_pos=0&at_tot=1
Academic rankings increase opportunities and research plan
http://stateofinnovation.thomsonreuters.com/academic-rankings-increase-opportunities-and-research-plan#at_pco=smlwn-1.0&at_si=5728a3fc7f6d52bf&at_ab=per-2&at_pos=0&at_tot=1
Where do we go next? How to put your research mission into actionhttp://stateofinnovation.thomsonreuters.com/where-do-we-go-next-how-to-put-your-research-mission-into-action#at_pco=smlwn-1.0&at_si=5728a4066695bb3e&at_ab=per-2&at_pos=0&at_tot=1
Monday, March 07, 2016
KURSUS AMALAN KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF (KIK) SIRI 1 (2016)
Minggu ni dapat undangan lagi ke Kursus Amalan Kumpulan Inovatif Kreatif (KIK) bagi kesekian kalinya. Kami dimaklumkan bahawa Bahagian Perancangan Strategik, Jabatan Pengurusan Perpustakaan, PTAR dengan kerjasama Bahagian Pembangunan Modal Insan menganjurkan Kursus Amalan Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Siri 1 pada bulan Mac ini.
Seperti biasa Objektif kursus ini diadakan bertujuan untuk :-Memberi kesedaran tentang kepentingan kreativiti dan inovasi dalam perkhidmatan kemudian Memberi kefahaman asas mengenai teknik pengurusan projek KIK.seterusnya Mewujudkan kumpulan pelapis KIK.
Kehadiran adalah diwajibkan dan jika tidak dapat hadir ke kursus Sila kemukakan surat tunjuk sebab ni yang tak sanggup...
Maklumat kursus adalah seperti berikut :
Tarikh : 7 - 8 Mac 2016 (Isnin dan Selasa)
Masa : 8.00 pagi – 5.00 petang
Tempat : Bilik Seminar, PTAR 1
foto sekitar kursus




Seperti biasa Objektif kursus ini diadakan bertujuan untuk :-Memberi kesedaran tentang kepentingan kreativiti dan inovasi dalam perkhidmatan kemudian Memberi kefahaman asas mengenai teknik pengurusan projek KIK.seterusnya Mewujudkan kumpulan pelapis KIK.
Kehadiran adalah diwajibkan dan jika tidak dapat hadir ke kursus Sila kemukakan surat tunjuk sebab ni yang tak sanggup...
Maklumat kursus adalah seperti berikut :
Tarikh : 7 - 8 Mac 2016 (Isnin dan Selasa)
Masa : 8.00 pagi – 5.00 petang
Tempat : Bilik Seminar, PTAR 1
foto sekitar kursus
Thursday, March 03, 2016
Ekspo Selangkah UiTM 2016
Tarikh : 12 dan 13 March 2016
Masa : 08:30 pagi hingga 5:00 petang
Tempat : Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam
Objektif Penganjuran Ekspo Selangkah Ke UiTM 2016 adalah sebagai paltform untuk bakal mahasiswa khususnya mendapatkan informasi berkaitan program-program yang disediakan oleh UiTM dan secara langsung membantu bakal mahasiswa dalam memastikan mereka mempunyai pengetahuan dalam bidang yang dipilih serta mengurangkan kadar ‘tersalah pilih program’ dan ‘pertukaran program’. Bakal mahasiswa juga amat digalakkan untuk membuat semakan kelayakan melalui laman web http://www.selangkah.uitm.edu.my
Ekspo Selangkah Ke UiTM 2016 turut menyediakan slot Taklimat Fakulti. Taklimat Fakulti ini akan memberi pendedahan dan ruang kepada bakal mahasiswa untuk mendapatkan maklumat terperinci mengenai program yang disediakan oleh fakulti di UiTM.
SUMBER:
http://pengambilan.uitm.edu.my/
http://online.uitm.edu.my/
http://selangkah.uitm.edu.my/















