Sekali ini kita mencuba nasib menyertai Cabaran My Innovation 2014 peringkat Petaling pula, bersama kumpulan KIK KeyLite
http://keyliteuitm.blogspot.com/dengan menghantar 2 penyertaaan 1. KeyLite Easy-Removal Lamp (KERL) 2. Digital Signage KeyLite (DSKL) Harap-harap dapatla mengulangi jejaki inovasi terdahulu sehingga ke BIS
Tarikh lawatan tapak : 21 Oktober 2014 (Selasa) (urusan persiapan tapak, dibuat pada 20 Oktober 2014 mulai jam 3 petang) Tempat : Ruang Lobi Menara Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Petaling Jaya
sekira berjaya boleh kami meneruskan cabaran My Innovation peringkat seterusnya
Program Cabaran My Innovation merupakan rantaian kepada Program Jejak Inovasi ( Turun Padang ) yang menjelajah ke semua Sembilan ( 9 ) daerah di Negeri Selangor. Cabaran ini adalah berbentuk pertandingan yang berteraskan kreativiti dan inovasi yang dilaksanakan serentak dengan pelaksanaan program Jejak Inovasi ( Turun Padang ). Fokus program ini adalah kepada semua penduduk di Negeri Selangor yang meliputi individu / orang perseorangan / penjawat awam, syarikat swasta, pelajar sekolah dan pelajar Institusi Pengajian Tinggi ( IPT ).
Cabaran My Innovation diwujudkan dengan objektif berikut:- i. Mengumpul maklumat produk / hasil inovasi. ii. Mempromosi dan menonjolkan produk / hasil inovasi oleh segenaplapisan masyarakat. iii. Memberikan pengiktirafan kepada produk / hasil inovasi terbaik sebagai bentuk galakan kepada masyarakat di Negeri Selangor mengembangkan minat dan potensi yang berteraskan inovasi dan kreativiti. iv. Mengembangkan budaya inovasi dan kreativiti dalam kalangan anggota masyarakat. Cabaran My Innovation dibahagikan kepada enam ( 6 ) kategori berikut:- i. Kategori Kumpulan Kecil ii. Kategori Jabatan / Agensi Kerajaan / Badan Berkanun iii. Kategori Agensi / Syarikat Swasta iv. Kategori Individu / Orang Perseorangan v. Kategori Pelajar Sekolah vi. Kategori Institut Pengajian Tinggi ( IPT )
Tema Pertandingan Cabaran My Innovation ialah “INOVASI….DUNIAKU”. Tema ini dipilih bagi memberikan gambaran tentang kepentingan inovasi sebagai antara sebahagian daripada kehidupan masyarakat.
Penyertaan adalah dibuka kepada produk / hasil inovasi yang belum pernah memenangi mana-mana pertandingan berkaitan inovasi dalam tempoh 3 tahun terakhir ( 2011 - 2013 ). Bagi produk / hasil inovasi yang pernah memenangi pertandingan berkaitan inovasi sebelum tahun 2011 adalah dibenarkan untuk dicalonkan dengan syarat ia telah melalui proses-proses penambahbaikan dan pengubahsuaian dan ditunjukkan secara jelas semasa proses penilaian tapak kelak. Manakala bagi produk / hasil inovasi yang sekadar pernah menyertai pertandingan berkaitan inovasi tetapi tidak memenangi sebarang gelaran / anugerah adalah layak dicalonkan.
Penggunaan bahan-bahan kitar semula / terbuang adalah sangat digalakkan.
Bengkel Pemantapan Perkhidmatan Rujukan Perpustakaan UiTM
Tarikh: 14-15 Oktober 2014 (Selasa-Rabu) Tempat : Bilik Seminar (Hari Pertama) & Pusat IT (Hari Kedua) Peserta : Pustakawan yang mengendalikan perkhidmatan rujukan PUiTM – 50 orang peserta
Objektif: 1. Memantapkan perkhidmatan Live Chat Ask Your Librarian 2. Memperkenalkan komponen baharu di dalam aplikasi Reference Desk Management System (RDMS) 3. Membina kemahiran komunikasi dalam memberikan sesi khidmat nasihat dan rujukan
4. Mempelajari teknik keberkesanan perkhidmatan rujukan dalam penyampaian perkhidmatan perpustakaan
5. Memperkasakan peranan dan kompetensi Pustakawan Rujukan dalam mengendalikan soalan rujukan pelanggan perpustakaan Penceramah :
1) Dr Kiran Kaur A/P Gurmit Singh,
Pensyarah Kanan DS52 Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat, Universiti Malaya
2) En Yazid Bin Ibrahim,
Penolong Pengarah Pusat Maklumat Malaysiana Perpustakaan Negara Malaysia
3) Tuan Haji Ahmad Faizar Bin Jaafar,
Pustakawan S41 Perpustakaan Tun Abdul Razak
Fasilitator: 1) Pn Siti Aishah Sadan, Pustakawan S41 2) En Muhamad Nasrul Hussin, Pembantu Perpustakaan Kanan S22Tentatif program:
· Berlaku 4.15 petang hingga 9.33 malam. · Disyorkan Solat Gerhana dilakukan selepas menunaikan Solat Maghrib hingga
berakhir gerhana berlaku iaitu 9.33 malam. Secara ringkasnya, SOLAT GERHANA BULAN adalah seperti berikut : Rakaat Pertama 1. Niat ِ “ Sahaja aku solat sunat gerhana bulan dua rakaat kerana Allah Taala.” 2. Takbiratul Ihram 3. Membaca doa iftitah 4. Membaca Ta`awudz 5. Membaca surah al-Fatihah dan mana-mana surah, afdhal surah Al-Baqarah 6. Ruku’ dan membaca tasbih kira-kira kadar membaca 100 ayat 7. Iktidal serta membaca surah al-Fatihah dan Ali-Imran atau mana-mana surah 8. Ruku’ dangan membaca tasbih kira-kira membaca 90 ayat 9. Iktidal (Sami’ Allahuliman Hamidah) 10. Sujud dan membaca tasbih 11. Duduk antara 2 sujud 12. Sujud kembali 13. Berdiri ke rakaat kedua Rakaat Kedua 1. Membaca surah al-Fatihah dan surah al-Nisa’ atau mana-mana surah 2. Ruku’ dan membaca tasbih kira-kira kadar membaca 70 ayat 3. Iktidal (Allahu Akbar) serta membaca surah al-Fatihah dan surah Al-Maidah atau mana-mana surah 4. Ruku dangan membaca tasbih kira-kira kadar membaca 50 ayat5. Iktidal (Sami’ Allahuliman Hamidah) 6. Sujud dan membaca tasbih 7. Duduk antara 2 sujud 8. Sujud kembali 9. Membaca tasyahud akhir 10. Memberi salam Imam disunatkan menyaringkan suara pada bacaan Fatihah dan surah ketika solat sunat gerhana bulan dan perlahan ketika solat sunat gerhana matahari. Selepas solat sunat, adalah disunatkan untuk membaca khutbah selepas solat sunat, walaupun gerhana sudah hilang. Khutbahnya adalah seperti khutbah hari raya tetapi tidak sunat untuk bertakbir. Isi khutbah adalah lebih kepada menyuruh para jemaah bertaubat, bersedekah, memerdekakan hamba, berpuasa, mengingati manusia supaya tidak lalai, jangan leka dengan dunia dan sebagainya. Jika solat itu hanya terdiri daripada golongan wanita semata-mata, maka tidak perlu khutbah. sumber http://www.muftiwp.gov.my/doc/Kaifiat_Solat_Gerhana_Bulan_Penuh_08Okt2014.pdf Berikut sedutan Khutbah Gerhana Bulan 8 OKTOBER 2014/ 13 ZULHIJJAH 1435H Sidang Jemaah Yang Dirahmati Allah, Saya berpesan dengan diri saya dan juga para jemaah sekalian agar kita benar-benar bertaqwa kepada Allah SWT dengan menjunjung segala perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya. Semoga dengan itu kehidupan kita senantiasa di bawah lindungan Allah SWT. Sidang Jemaah Yang di Rahmati Allah, Pada hari ini kita diperlihatkan dengan kuasa Allah SWT yang Maha Agung iaitu kejadian gerhana bulan. Gerhana ini berlaku ketika bulan berada bertentangan dengan bumi dan terlindung daripada matahari, ini bermakna bulan boleh termasuk ke dalam bayang bumi dan menghilang. Begitulah kehebatan kekuasaan Allah SWT yang mampu mengubah segalanya di langit dan bumi pada bila-bila masa yang tidak ada satu kuasa lain yang dapat menyekat Qada’ dan Qadar Allah SWT. Firman Allah SWT di dalam surah Fussilat ayat 37: Maksudnya: "Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah malam, siang, matahari dan bulan. Janganlah sembah matahari mahu pun bulan tetapi sembahlah Allah yang menciptakannya, jika kamu hendak sembah”. Oleh itu jika berlaku kejadian gerhana matahari atau bulan, ianya bukanlah merupakan suatu tanda akan timbul kejadian yang aneh dan mengkhuatirkan, tetapi gerhana itu berlaku atas sifat wajib bagi Allah SWT iaitu berkehendak dan berkuasa atas segala sesuatu yang tidak dapat dihalang oleh apa jua kekuatan pun di dunia ini. Sidang Jemaah Yang di Rahmati Allah, Setiap perubahan yang berlaku terhadap cakerawala mengandungi hikmah yang tersendiri. Begitu juga perubahan yang berlaku kepada matahari dan bulan, sudah pastinya mengandungi hikmat yang tertentu, antaranya memberi peringatan agar hamba-Nya tidak melampaui batas dan sentiasa bermuhasabah. Rasulullah SAW bersabda yang mafhumnya:"Bahawasanya matahari dan bulan itu menjadi tanda kedua-duanya daripada tanda kekuasaan Allah SWT. Allah menakutkan hamba-hamba-Nya dengan perubahan matahari dan bulan. Dan bahawasanya matahari dan bulan itu tidak berlaku gerhana kedua-duanya disebabkan kematian seseorang dari kalangan manusia. Maka apabila kamu melihat berlakunya sesuatu (gerhana matahari atau bulan), maka solatlah kamu (solat sunat gerhana) dan berdoalah kepada Allah sehingga cahaya matahari atau bulan tersingkap semula bagi kamu" (Riwayat al-Bukhari).
Gerhana bulan merupakan peringatan Allah SWT untuk seluruh manusia agar patuh dan setia di atas perintah Allah SWT dan menjauhi larangan-Nya dan akan berlaku sepanjang zaman sebagai amaran Allah SWT di atas segala ketelanjuran yang dilakukan oleh hamba-Nya. Kejadian ini akan berterusan sehingga matahari dan bulan dihimpunkan dan ketika itu berlakunya kiamat. Firman Allah SWT dalam surah al-Qiyamah ayat 7-9: Maksud: “ Maka apabila mata terbelalak(ketakutan), dan apabila bulan telah hilang cahayanya dan matahari dan bulan dikumpulkan”. Oleh itu sebagai umat Islam mimbar menyeru marilah sama sama kita tinggalkan segala perbuatan maksiat sekiranya kita telah terlanjur dan jauhi maksiat sekiranya belum terjebak. Ahmad dan Salamah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Apabila berleluasa maksiat di kalangan umatku, nescaya Allah limpahkan azab di sisinya. Aku bertanya: Ya Rasulullah, sekiranya di kalangan mereka itu terdapatnya orang-orang soleh? Rasulullah SAW menjawab: Benar! Ummu Salamah bertanya: Kenapa orang yang soleh juga ditimpakan azab? Rasulullah SAW menjawab: Mereka ditimpakan azab bersama manusia yang lain kemudian mendapat keampunan Allah dan mendapat keredhaan-Nya". Sidang Jemaah Yang di Rahmati Allah, Kita dianjurkan oleh Rasulullah SAW ketika berlaku gerhana supaya bersegera untuk melakukan perkara-perkara yang berkebajikan seperti berdoa, berzikir, bersembahyang, bertakbir, bersedekah dan beristighfar dan menghindari daripada melakukan perkara-perkara mungkar dan maksiat serta perbuatan syirik yang bercanggah dengan ajaran agama Islam. Ummul mukminin Saiyidatina Aishah Radhiallahu ‘Anha berkata dalam riwayat al-Nasai yang mafhumnya: "Dan sesungguhnya telah jelas cahaya matahari, maka Rasulullah SAW berkhutbah dihadapan orang ramai sambil memuji Allah SWT dan sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua daripada keagungan Allah. Gerhana kedua-duanya berlaku bukan disebabkan mati atau hidup seseorang. Apabila kamu melihat terjadi gerhana matahari atau bulan, maka hendaklah kamu mendirikan solat sunat gerhana dan bersedekah serta memperbanyak mengingati Allah. Sabda Nabi SAW: "Wahai umat Muhammad, jikalau kamu tahu apa yang aku tahu, nescaya kamu sedikit ketawa dan banyak menangis".
Mengakhiri khutbah, mimbar mengharapkan kejadian gerhana bulan ini akan menimbulkan keinsafan, kesedaran, menambah serta menguatkan lagi keimanan dan ketaqwaan kita kepada Allah SWT. Marilah sama sama kita berdoa kepada Allah SWT semoga gerhana yang berlaku ketika ini tidak mengakibatkan berlakunya malapetaka alam seperti perubahan angin dan cuaca yang akan memungkinkan kesan kepada alam sekitar dan memberi kesan kepada perubahan tabii alam, tumbuh-tumbuhan serta kehidupan di dunia. Sebagai usaha untuk melahirkan keteguhan dan mengekalkan kekuatan iman yang ada dalam diri umat Islam, mimbar menggariskan beberapa nasihat untuk dijadikan pedoman antaranya: Pertama: Berfikir dan bertafakkur setiap kejadian fenomena alam; Kedua: Memperingati tentang nikmat syurga dan azab neraka; Ketiga:Menjauhkan diri daripada lalai dan lupa kepada Pencipta iaitu Allah SWT; Keempat:Menghitung,mempertingkatkan dan memperkemaskan amal kebajikan sepanjang masa; dan Kelima :Bersegera memohon taubat kepada Allah SWT di atas kealpaan dan keingkaran mentaati perintah. sumber jakim http://www.islam.gov.my/khutbah-online/peringatan-allah-melalui-peristiwa-gerhana-bulan-1