SELAMAT TINGGAL RAMADHAN , SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI , MAAF ZAHIR BATIN

Saya ingin mengucapkan Selamat Berhari Raya, وَكُلُّ عَامْ وَأَنْتُمْ بِخَيْر تَقَبَّلَ اللهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ dan semoga Allah menatijahkan kita dengan taqwa dan seterusnya kita dapat menzahirkan kesyukuran atas segala nikmat hidayah yang Allah kurniakan kepada kita sehingga ketika nafas kita masih lagi diberi peluang untuk hidup...

ANUGERAH EMAS BAGI INOVASI SOLAT ALERT SOFTWARE (SAS) DI ITEX2017

Alhamdulilah dapat juga melakarkan sejarah memenangi anugerah emas bagi penyertaan di International Invention, Innovation and Technology Exhibition (ITEX 2017) pula dengan produk inovasi Solat Alert Software (SAS). ....

Anugerah EMAS (GOLD) di Ekspo Reka Cipta, Inovasi dan Reka Bentuk (Invention, Innovation And Design Exposition) - IIDEX

Alhamdulilah kedua-dua projek inovasi yang saya sertai mendapat anugerah dalam IIDEX2016 daripada sejumlah 745 penyertaan keseluruhannya.

Awards at British Invention Show 2009

The British Invention Show, is the largest innovation and technology expo in Britain. UiTM submitted 8 entries of which all won medals.

Fasilitator Terbaik

Fasilitator Terbaik kali kedua berturut-turut. Sebenarnya kejayaaan ini adalah kejayaan anda semua.

Konvensyen ICC Kebangsaan

Naib Johan Sektor Awam, 10 Kumpulan Terbaik Sektor Awam, Anugerah Emas 3 Bintang Konvensyen ICC Kebangsaan

Pingat Emas Dalam Malaysia Technology Expo ( MTE)

Menerima anugerah Pingat Emas dalam Malaysia Technology Expo ( MTE) 2009 yang telah diadakan pada 19 hingga 21 Februari 2009 di PWTC, Kuala Lumpur. Pelbagai hasil penyelidikan telah dipamerkan oleh 460 peserta/ kumpulan daripada pelbagai IPTA, badan swasta, MRSM dan lain-lain organisasi.

Friday, May 27, 2016

Fiesta Durian Pulau Pinang 2016


Cuti sekolah sudah bermula jom balik kampung  ada Fiesta Durian Pulau Pinang 2016.  Buat penggemar durian, hantu durian, kaki makan durian, pengemar durian, hang pa boleh mai join depa dok buat pesta durian pulak dah lani.

Fiesta Durian Pulau Pinang 2016

Bertempat di Perkarangan Masjid Daerah Balik Pulau.
Pada 28 dan 29 Mei 2016
Jam 10pagi - 10 malam 
(pilih, timbang, bayar dan makan)

Ditangguhkan
Makluman terkini merujuk kepada FAMA Pulau Pinang diberitakan Fiesta Durian Pulau Pinang 2016 yang dirancang pada 28 dan 29 Mei  oleh FAMA Pulau Pinang ditangguhkan hingga ke suatu tarikh yang akan ditetapkan kelak.
  
Walaubagaimana pun anda masih boleh pi ke Pesta Pesta Durian Pulau Pinang yang juga diadakan di - Anjung Indah , Balik Pulau dan kawasan di sekitar Pulau Pinang tu ..

Pesta Durian Pulau Pinang juga diadakan di 
- Anjung Indah , Balik Pulau
- Depan SRJK (C) Chong Teik
dari 15 Mei hingga 15 Ogos



Pesta Durian 2016 juga diadakan di
-Serindit Road, Jawi River, South Seberang Perai
(next to Jawi District Police Headquaters)
dari 20 Mei hingga 12 June 2016
masa
  11.00 pagi – 8.00 malam






Pesta Durian Pulau Pinang 2016 juga diadakan di 
Jalan Khidmat/Susur Jalan Mayang Pasir 3 
berhampiran Giant Hypermarket Bayan Baru
dari 27 Mei hingga 4 June 2016
masa  9.00 pagi – 8.00 malam



Harga buah durian yg dijual adalah lebih murah berbanding harga pasaran dan pelbagai jenis buah durian boleh didapati disini seperti Musang King, Duri Hitam (Black Thorn), Hor Loh, Capri, Udang Merah, Kulit Hijau dan lain-lain jenis lagi.

Jualan secara buffet berharga RM35 sekepala juga disediakan bermula 7ptg - 9mlm, makan sampai kenyang durian-durian high grade ini. Jualan biasa durian bermula dari jam 9 pagi ke 9 malam setiap hari.

Pesta Durian ini dianjurkan oleh Pejabat Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia Negeri Pulau Pinang (MOTAC Penang).












Monday, May 23, 2016

Advanced | Excel Dashboard (Interactive Reports)




Minggu ini saya bersama Haji Azizi, Sharol dan  Alfarabie  telah dicalonkan oleh Panel PPSM untuk menghadiri Kursus 
 Advanced  MS Excel : Merekacipta Dashboard dan Laporan Interaktif [ Advanced | Excel Dashboard (Interactive Reports)] dari 23 hingga 24 Mei 2016 (Isnin dan Selasa) di Pusat Latihan JOM TRAINING CENTRE 2 (JTC2), 1 Puchong Business Park, Puchong.

Antara beberapa objektif utama kursus ini dianjurkan adalah untuk memahami konsep asas dan cara efektif untuk merekacipta dan mengaplikasi dashboard menggunakan MS Excel, menggunakan perkakasan MS Excel untuk menghasilkan dashboard dengan mudah seperti perkakasan VLookup, Data Analysis, Pivot Table, Charts, Filter,  Sparklines dan lain-lain.


Penggunaan Dashboard amat penting bagi ketua dan pengurus untuk menilai maklumat dan membuat keputusan dengan pantas dan tepat. Justeru itu, amatlah penting untuk tenaga kerja berkemahiran tinggi mempunyai kepakaran untuk mengumpul data dan mengolah maklumat untuk dibentuk di dalam satu format dashboard yang dapat membantu organisasi untuk melaksanakan aktiviti dengan informasi yang ringkas dan padat. Kemahiran menggunakan MS Excel sudah menjadi sebati di dalam banyak organisasi. Informasi dan kursus ini dapat meningkatkan lagi pengetahuan menggunakan pelbagai perkakasan canggih MSExcel dengan lebih lengkap.


Kursus ini sesuai untuk disertai oleh ketua bahagian atau ketua jabatan, pengurus dan pegawai, pensyarah, penyelia jabatan, penyedia laporan, pegawai komunikasi, setiausaha jabatan, pembantu eksekutif dan kerani, pegawai tadbir serta individu yang ingin menambahkan kemahiran penggunaan sistem aplikasi komputer khususnya MS Excel.


Kursus ini dikendalikan didalam Bahasa Melayu dimana para peserta diberikan nota pembelajaran yang mudah difahami. Bagi mencapai sasaran dan objektif kursus,metodologi yang akan digunakan adalah secara praktikal dan latihan diberikan secara individu atau berkumpulan.


Tenaga pengajar ialah Ir. Mohamad Fahrurrazi bin Kamaludin merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrikal dari Vanderbilt University, Amerika Syarikat. Beliau adalah seorang Jurutera Profesional berdaftar dengan Lembaga Jurutera Malaysia.

Beliau mempunyai lebih dari 17 tahun pengalaman bekerja di salah sebuah syarikat telekomunikasi terkemuka di Malaysia iaitu Maxis Communications Berhad. Kepakaran beliau adalah di dalam melaksanakan pelbagai projek perintis canggih seperti Integrasi WiFi-3G, Produk Perantauan Antarabangsa, Perantauan Domestik, Talian Tetap GSM, Servis Penetapan Lokasi FriendFinder, Push-to-Talk 2.5G, Rangkaian GSM Zon Utara, Selatan dan Sabah & Sarawak.

Beliau amat berminat di dalam bidang latihan dan pembangunan manusia di mana beliau telah menjadi mentor untuk lebih dari 20 pelatih pengurusan Maxis Management Associate Programme, dan juga adalah seorang Subject-Matter-Expert untuk Maxis Academy. Selepas 17 tahun berkerjaya di Maxis, beliau mengorak langkah baru dengan menumpukan sepenuh perhatian dan beralih kerjaya untuk menceburi bidang latihan dan pembangunan sumber manusia serta pengajar.


Tips & Tricks

Best Hidden Tricks in Microsoft Excel
http://interestingengineering.com/top-5-hidden-tricks-excel/

Top 10 Most Useful Excel Formulas

http://interestingengineering.com/top-10-useful-excel-formulas/

Top 40 of the Best Excel Shortcuts You Need to Know


http://interestingengineering.com/top-40-best-excel-shortcuts-need-know/

MS excel in action

https://powerbi.microsoft.com/en-us/
https://www.youtube.com/playlist?list=PL1N57mwBHtN0e-wvgVmrnn3Yd_WU7EHM-

Microsoft now allows you to upload local Excel files to Power BI

http://mspoweruser.com/microsoft-now-allows-upload-local-excel-files-power-bi/

Microsoft now allows you to upload local Excel files to Power BI

http://mspoweruser.com/microsoft-announces-solution-templates-power-bi/


Video






more MS Power BI https://www.youtube.com/user/mspowerbi/




Foto aktiviti 






























































Monday, May 16, 2016

Menghadiri Program CSR : Ilmu Mengubah Destini (IMD)

Hari ini saya diarahkan ke Terengganu menghadiri Program CSR : Ilmu Mengubah Destini (IMD) Perpustakaan Tun Abdul Razak ( PTAR) kali yang ke5 rasanya.

Alhamdulilah cuaca hari ini baik sekali bertolak dari Skypark Subang jam 10.30 pagi sampai di lapang terbang Kuala Terengganu sekitar 11.30 pagi.
Setibanya di  Sekolah Kebangsaan Kompleks Seberang Takir, Kuala Terengganu mereka semua sedang melakukan persiapan transformasi di pusat sumber Sekolah.



Pelbagai aktiviti menarik untuk para pelajar telah dijalankan pagi tadi dan akan bersambung pada hari esok.

Majlis kemuncak program CSR akan dirasmikan oleh YAB Menteri Besar Terengganu dan Pusat Sumber sekolah akan dirasmikan oleh YABhg. Isteri kepada Menteri Besar Terengganu pada 17 Mei 2016.

Program CSR : Ilmu Mengubah Destini (IMD) PTAR 2016 dianjurkan oleh Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), UiTM Shah Alam, berserta Perpustakaan Cendekiawan Uitm Terengganu dengan kerjasama Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Terengganu, Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu.

Baca Selanjutnya

Majlis Kemuncak Program CSR : Ilmu Mengubah Destini (IMD) PTAR 2016
https://perpustakaanuitm.blogspot.my/2016/05/majlis-kemuncak-program-csr-ilmu.html





Perluas Program CSR : Ilmu Mengubah Destini (IMD) PTAR 2016 Di Terengganu - MB Terengganu
https://perpustakaanuitm.blogspot.my/2016/05/perluas-program-csr-ilmu-mengubah.html





Ilmu Mengubah Destini 2016 Terengganu (Behind the Scene)
https://perpustakaanuitm.blogspot.my/2016/06/ilmu-mengubah-destini-2016-terengganu.html





Untuk membaca liputan media sila klik pada link tersebut:

Friday, May 13, 2016

RAKAN STRATEGIK PENARAFAN


Minggu ini terlibat dengan persediaan untuk meningkatkan kedudukan penarafan di bawah anjuran Institut Kualiti dan Pengembangan Ilmu (InQKA) dan Institut Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (IRMI)  akan diadakan pada 13 Mei 2016 bertempat di Hotel Grand Bluewave, Shah Alam.

Mesyuarat ini bertujuan untuk menentukan sasaran pencapaian setiap fakulti serta membina strategi khusus bagi mencapai sasaran tersebut. Di antara perkara yang akan ditetapkan sasarannya adalah H-index pensyarah UiTM. Pihak fakulti juga memerlukan maklumat Jurnal berindeks Scopus yang diwartakan di bawah fakulti masing-masing untuk membantu pembinaan strategi yang akan disusun.

Terlibat sebagi fasilitator untuk memberikan maklumat berikut 
a) Bilangan H-index pensyarah (dari Scopus sahaja) untuk tahun 2015, dan bilangan tersebut perlu  dibahagikan mengikut fakulti.
b) Senarai jurnal berindeks Scopus untuk setiap fakulti













Contact Me

Snap & Read with QRCODE Reader

http://zxing.appspot.com/generator/