PAR EXCELLENCE AWARD,ICQCC Hydrabad India 2021

Alhamdulilah kali in kumpulan kami telah menerima menerima Par Excellence Award di 46th International Convention on Quality Control Circles (ICQCC) 2021

DIAMOND , GOLD AND SILVER AT IIDEX 2019

Alhamdulilah dari dua projek inovasi yang saya sertai dalam (IIDEX) 2019 kali ini , inovasi WeGBY CHAIR telah menerima Anugerah SPECIAL AWARD - DIAMOND dan GOLD manakala inovasi RDMS (Reference Desk Management System ) mendapat anugerah SILVER

FASILITATOR TERBAIK 2019 ZON TENGAH

Alhamdulilah kali ini di anugerahkan sebagai Fasiltator Terbaik di Konvensyen KIK Peringkat UiTM 2019 Zon Tengah sekali lagi setelah menerima pada tahun 2016

ANUGERAH EMAS KONVENSYEN TEAM EXECELLENT MPC 2018

Alhamdulilah tugasan kali ini berjaya membawa kumpulan KIK PTAR i-Clique meraih Anugerah Emas dalam Konvensyen Team Excellent Peringkat Wilayah 2018 ( Wilayah Selatan ) di Holiday Villa Johor Bahru City Centre

ANUGERAH EMAS BAGI INOVASI SOLAT ALERT SOFTWARE (SAS) DI ITEX2017

Alhamdulilah dapat juga melakarkan sejarah memenangi anugerah emas bagi penyertaan di International Invention, Innovation and Technology Exhibition (ITEX 2017) pula dengan produk inovasi Solat Alert Software (SAS). ....

Anugerah EMAS (GOLD) di Ekspo Reka Cipta, Inovasi dan Reka Bentuk (Invention, Innovation And Design Exposition) - IIDEX

Alhamdulilah kedua-dua projek inovasi yang saya sertai mendapat anugerah dalam IIDEX2016 daripada sejumlah 745 penyertaan keseluruhannya.

Awards at British Invention Show 2009

The British Invention Show, is the largest innovation and technology expo in Britain. UiTM submitted 8 entries of which all won medals.

Fasilitator Terbaik

Fasilitator Terbaik kali kedua berturut-turut. Sebenarnya kejayaaan ini adalah kejayaan anda semua.

Konvensyen ICC Kebangsaan

Naib Johan Sektor Awam, 10 Kumpulan Terbaik Sektor Awam, Anugerah Emas 3 Bintang Konvensyen ICC Kebangsaan

Pingat Emas Dalam Malaysia Technology Expo ( MTE)

Menerima anugerah Pingat Emas dalam Malaysia Technology Expo ( MTE) 2009 yang telah diadakan pada 19 hingga 21 Februari 2009 di PWTC, Kuala Lumpur. Pelbagai hasil penyelidikan telah dipamerkan oleh 460 peserta/ kumpulan daripada pelbagai IPTA, badan swasta, MRSM dan lain-lain organisasi.

Tuesday, November 24, 2009

eWave PTAR UiTM Juara Keseluruhan Hari Inovasi Kementerian Pengajian Tinggi Tahun 2009




Putrajaya, Selasa 24 November 2009 - Hari Inovasi Kementerian Pengajian Tinggi Tahun 2009 yang di rasmikan oleh Y.B. Dato' Seri Mohamed Khaled bin Nordin, selaku Menteri Pengajian Tinggi telah menobatkan Jabatan Pengurusan Sistem & Teknologi Maklumat (Kumpulan eWave) dari Perpustakaan Tun Abdul Razak sebagai Juara Keseluruhan Anugerah Y.B Menteri Pangajian Tinggi 2009 disamping menerima Anugerah Kategori Teknikal.
Terdapat 22 pencalonan dari seluruh IPTA dan UiTM melalui Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMI) telah menghantar 5 pencalonan iaitu:
1. Pejabat Bendahari - Sistem Autopush/Autopull
2. Jabatan Pengurusan Sistem & Teknologi Maklumat (Kumpulan eWave) Perpustakaan Tun Abdul Razak - Self Charging Machine In Library
3. Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMI) - Halal Certification Information System (HCIS)
4. Pusat Sistem Maklumat Bersepadu (PSMB) - Vendor Monitoring System (VMS)
5. Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMI) - School's Student Management System (SSMS)

Terdapat 5 kategori yang dipertandingkan dan berikut adalah keputusan Anugerah Inovasi KPT 2009 seperti berikut:


Bil
Anugerah
Agensi/Bahagian/Jabatan
Tajuk projek
1.
Juara Keseluruhan Inovasi
Y.B Menteri Pengajian Tinggi 2009
Jabatan Pengurusan Sistem Teknologi Maklumat
Perpustakaan Tun Abdul Razak, UiTM
Self Charging Machine In Library
2.
Anugerah Kategori Teknikal
Jabatan Pengurusan Sistem Teknologi Maklumat
Perpustakaan Tun Abdul Razak, UiTM
Self Charging Machine In Library
3.
Anugerah Kategori Pengurusan ICT & Sistem
Pusat Sistem Maklumat Bersepadu (PSMB), UiTM
Vendor Monitoring System (VMS)
4.
Anugerah Kategori Pengurusan Am
Pejabat Pendaftar Universiti Putra Malaysia (UPM)
Sistem Pelaporan Intergrasi (SPIN)
5.
Anugerah Kategori Peralatan & Bahan
Institut Penyelidikan Perubatan
Molekul (INFORMM) Kampus Kesihatan,
Universiti Sains Malaysia (USM)
Sistem Pengurusan Penggunaan Bahan Kimia (INFORMM Chemical Inventory Management System, ICIMS)
6.
Anugerah Kategori Pengajaran & Pembelajaran
Pusat pengajian Sains Kesihatan (PPSK),
Universiti Sains Malaysia (USM)
Pengurusan Masa Peperiksaan Amali (Sistem V-Time)


Syabas dan tahniah kepada Jabatan Pengurusan Sistem & Teknologi Maklumat (JPSTM PTAR) kerana telah berjaya memenangi Anugerah Inovasi Y.B Menteri pengajian Tinggi 2009 yang pertama kali di pertandingkan. Semoga kemenangan tersebut menjadi pendorong dan semangat kepada semua dalam membudayakan elemen inovasi dalam setiap Jabatan/Bahagian.









Tuesday, November 03, 2009

Terima Pingat Emas di British Invention Show 2009 London

 

British Invention Show 2009 (BIS2009) yang berlangsung pada  12 hingga 17 Oktober 2009 di London  telah melakarkan sejarah buat saya dan Kumpulan Inovatif Kreatif eWAVE dari Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM Shah Alam apabila telah menerima pingat emas dalam pertandingan tersebut. Sekalung tahniah dan syabas untuk kumpulan eWAVE dan semua delegasi UiTM yang menyertai pertandingan tersebut.

UiTM Malaysia telah diwakili oleh 8 produk dari pelbagai Fakulti dan PTJ. Produk invoasi KIK eWAVE satu-satunya dari PTJ Perpustakaan yang bukan dikalangan Akademik yang menyertai pertandingan ini. Saya telah mewakili KIK eWAVE membawa produk inovasi Self-Charging Machine in Libraries

Alhamdullillah dengan izin Allah pada 17 Oktober 2009 eWAVE telah dinobatkan pingat sekaligus mengharumkan nama Perpustakaan dan UiTM. Sebulan kemudian terima sijil ia mengesahkan ia adalah Gold Medal



Event Venue: 
Alexandra Palace Alexandra Palace way, 
London N22 7AY, United Kingdom 
Tel: +44 (0)1462459999/451111 
http://www.alexandrapalace.com/ 



Contact Me

Snap & Read with QRCODE Reader

http://zxing.appspot.com/generator/